Amat meminati bidang hartanah dan ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memenuhi impian persaraan awal .. insyaallah
Monday, August 27, 2012
Akibat Percayakan Ejen : MV95K vs RP75K + 20K :
Hari ini semasa dalam perjalanan ke Puncak Alam atas urusan kerja aku sembang2 dengan seorang bosses pasal property investment. Dia ni kalau di opis jangan haraplah nak cakap pasal benda lain selain dari hal-hal kerja ..
Dia yg drive aku duduk sebelah ajer . Gembang2 aku pun ceritalah aku pernah bid rumah di PA dia pun bagitau cerita pakcik dia yang terlalu percayakan ejen lelong 110% yang akhirnya membuat dia menyesal tak sudah. Katanya pakcik beliau telah membeli sebuah apartment dalam tahun 2006 yang kebetulan sangat2 berdekatn dengan rumah aku . ejen memberitahu yang semua tunggakkan di bayar oleh pihak bank dan hanya perlu membayar harga rumah tersebut dan legal fees sahaja.
Tanpa memahami kandungann Proclaimation of sales dan membuat semakan tunggakan dengan pihak berwajib dan pemaju beliau membida dan berjaya memperolehi pada RM75K. Selepas menang barulah pakciknya mengetahui bahawa semua tunggakan dan oustanding interest owner lama terhadap pemaju hampir 20K dan tidak termasuk interest yang di kenakan oleh bank pelelong untuk extension.
Katanya pada waktu itu MV untuk apartment itu adalah RM95K ini bersamaan dengan harga keseluruhan apartment yang di beli. Mmg2 terduduk pakciknya pada waktu itu katanya. aku pun pernah bid unit apartment lelong disini beberapa bulan yg lepas tapi tewas ... but now pakciknya boleh tersenyum MV disini dah naik min 120-130K ..[luckily naik kalau tak mmg tak beruntung ler ]
Moral of the story adalah sebelum kita membuat belian hartanah, tak kisahlah samada secara subsale atau lelongan mesti ada sedikit pengetahuan mengenainya. Jangan ambil jalan singkat semuanya ejen yang buat, ejen pun suka kalau kita serahkan pada dorang bulat2 [ tak semua ejen ada segelintirnya sahaja] ..
Just to shared esok ada sebuah merpati untuk di lelong esok. lokasinya mmg2 bagus, strategik, rental rate pun meletup2, Baru tengok listing semalam, tak sempat nak buat homework. hopefully merpati tersebut belum di sambar helang dan tidak pulang kepangkuan tuannya ... cari2 dimana tersebut...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bisnes tetap bisnes. memang taktik mau pancing la tak cerita hidden cost
ReplyDeletebetul tu .. janji masyuk ..
ReplyDelete