Lepas berbuka anak sulung aku pun ONkan komputer tapi router hanya ada dua light sahaja dan phone aku takde tone. Keesokkan harinya aku pun membuat laporan ke 100 dan mengikut Helpdesk agent dari semakan yang dibuat tiada penyelenggaraan di buat di sekitar kawasan perumahan aku. hmmm
Pada hari Isnin datanglah kontraktor Telekom untuk kerja-kerja pembaikan. Selalunya dorang akan minta bekalan elektrik dari rumah aku untuk lampu bagi menyuluh lubang saluran kabel. Asben pun borak2dengan kontraktor tersebut dan di beritahu kabel telah di curi ...Rupanya2 manusia yang datang tarik kabel masa waktu berbuka adalah PENCURI bukannya kontraktor penyelenggaraan Telekom ... Menurut kontraktor dalam range masa tersebut terdapat 6 kecurian kabel telekom di kawasan perumahan rumah aku ...
Hmmm keesokkan harinya Streamyx dan telefon aku dah okay .. Best nyer pencuri kabel tu ada orang yang tolong bagi dia cahaya masa dok syok2 mencuri .. di masa hadapan aku kena lebih alert sikit ..
Just nak shared jugak aku pernah tengok kedai scrap metal yang ada mesin khas untuk membelah wayar untuk mendapatkan tembaga ... adakah semuanya dari hasil terbuang ???
Pernah dieritahu ex-contract staff [VADS] iaitu vendor Telekom jika terdapat gangguan kita boleh claim rebat .. katanya kalau tak minta Telekom tak akan bagi, kena minta baru boleh dapat ..
Haha, lawak la. Tp sedih kene curi, mahal hoi kabel tu. Kedai mmg ada, depa bukan peduli dari mana dtg sumber kabel tu. Asal depa dpt copper, lg murah lagi baguih
ReplyDeletehmm cerita lawak di bulan ramadhan :)
ReplyDelete//syah