Masa balik kekampung asben pada raya ke 3 - ke 5 di Bagan Datoh aku sempat juga survey perumahaan baru di sana iaitu Taman Desa Impian, tak silap aku perumahan ini dulunya agak slow progressnya macam terbengkalai pun ada. Masa raya aku tengok semua rumah dah siap dan dah dapat CF untuk di duduki..
Pada mulanya harga rumah untuk single storey adalah RM85K sahaja but now untuk saki-baki unit yg belum ada buyer di jual pada RM100k. Untuk double storey kos rendah harga serendah RM45k sahaja. Perumahan ini lebih kurang 2KM ke pekan Bagan Datoh.
Sudah ada perancangan untuk di bangunkan UiTM cawangan Bagan Datoh, kalau dari pekan selekoh ke Bagan Datoh dah terpacak papan tanda " LAND ACQUIRED BY MARA " iaitu tanah yang dibeli dari Sime Darby. Ada juga ura2 untuk pengkalan TLDM di Bagan Datoh dan juga membina MRSM untuk anak tentera dan polis..
Kalaulah perancangan pembangunan seperti yang di rancangkan maka sudah tentunya Taman Desa Impian akan mendapat tempias yang positif. Cuma aku tak pasti berapa rate sewa untuk perumahan di sini, kalau nak sewa dalam masa terdekat, sapa yang nak menyewa kerana pembangunan di Bagan Datoh begitu2 perlahan. Kalau di jadikan unit homestay pun tak pasti walapun adanya Sekolah Sains di sini ... Mungkin anda terkejut bahawa di pekan bagan datoh tiada bank, tiada stesen bas. BSN di simpang 3 adalah itupun simpang jalan nak ke rumah MP. nnt orang bagan datoh marah aku pulak tapi ini realitinya ..
Pada orang Bagan Datoh bolehlah survey2 .. bukan nak promosi sbb aku tak dapat komisyen pun.. sebab anda lebih mengenali pasaran hartanah di sana tapi AWAS harga tanah di Bagan Datoh makin hari makin mahal .. ..
Betul2, harga tanah perak naik len mcm skrg.. Just share. Ada tanah untuk dijual di kuala kangsar. Luas 0.8 ekar lebih kurang. Lot no 1 tepi jalan besar. Lokasi jalan lama Kuala kangsar- Ipoh, selepas jambatan iskandar sg perak. Keadaan tanah : getah tumbuh n tanah kosong. Sesuai untuk stesyen minyak, tapak rumah, keai n pertanian. Harga 65 ribu shj. 0175055152 zul
ReplyDeleteZul.. lokasi tanah yg menarik. kl sy ada budget mmg sy dah rembat. harga boleh nego2 lagi ker ? manalah au kot2 ada reader yang berminat nak beli.
ReplyDeleteselalu guna jalan ni nak ke ipoh.
aku pun dah beli kat sini..mmg berbaloi...walau pembangunan agak slow tp aku yakin pelaburan hartanah kat sini mmg tepat sekali
ReplyDeletePelaburan di Bagan Datoh iaitu di Tmn Desa Impian amat tepat sekali..kalau tk kerana fenomena politik yg berlaku dgn sedikit Tsunami lps pasti Bagan Datoh akan lbh kehadapan..aku bercadang nk bersama warga Bagan Datoh mencorak semula geografinya..pembinaan kilang perlu diusahakan..menaiktaraf struktur ekonomi yg lbh dinamik..membanyakkan latihan binausahawan tani...meningkatkan pantai peranginan..menarik Gold Coast utk melabur di sini..membina pelabuhan sesuai Bagan Datoh sbg Muara Sg Perak..System pengangkutan laut ke Pulau 9..bangunkan Pulau 9 sebagai destinasi pelancongan dgn kelas tersendiri..yg paling utama ajak DS Dr Zahid n MB Perak duduk berbincang utk membina pelan jangka pendek n panjang..tubuhkan AJK Pembangunan BAGAN DATOH..usaha ini mesti dimulakan bukan dirancang..
ReplyDelete