Ambil apa yang hendak dibeli dan juga stok untuk puasa nanti. Agak kalut sebab petangnya abang ipar nak jalan-jalan di putrajaya. Dalam beg duit ada RM200, asben n aku dok sibuk masukkan barang dalam shopping bag, belum habis masuk, cashier dah habis scan semua harga, aku pun terus kasi semua duit dalam beg duit sedangkan jumlah yang perlu di bayar adalah RM148.90 sahaja.
Lepas tu cashier baki RM1.10 dan baru aku perasan yang aku bagi RM200. Lepas tu aku cakap cashier yang aku terbagi RM200. Cashier tu kata tak akak bagi RM150 ajer, dia pun panggil penyelia. Aku pun bagitau yang aku terbagi lebih duit, penyelia tu bagitau yang dia tak boleh bagi duit aku selagi tak buat end of day balancing. Aku pun cakap boleh buat short balancingkan.. penyelia tu senyum ajer ... aku bagitau aku ni dulu2 pernah jadi cashier . [ aku pernah kerja di kedai 24jam zaman muda2 dululah] .. Aku pun tak nak cakap banyak, kalau ada-adalah .. malamnya around pukul 10:30pm, manager pasaraya kol bagitau yang cashier tersebut ada lebih RM50 dari kaunter dia dan minta aku ambil balik RM50..
Pengajaran pada aku ialah jangan kalut sangat.. ini baru RM50 kalau melibatkan ribuan RM macam mana pula yea. Selalunya apa2 yang di buat kelam kabut selalunya timbul bagai2 masalah ... Stay cool, calm n relaxxxxxxx .........
Pengajaran pada aku ialah jangan kalut sangat.. ini baru RM50 kalau melibatkan ribuan RM macam mana pula yea. Selalunya apa2 yang di buat kelam kabut selalunya timbul bagai2 masalah ... Stay cool, calm n relaxxxxxxx .........
nasib baik penyelia dan cashier tu honest...diorang boleh je tipu and cakap takde lebih RM50 kan
ReplyDelete