Semalam dapat sms dari pemaju pangsapuri melor setion 5, Bandar Baru Bangi, tawaran membeli unit end lot . Harga semua unit adalah sama iaitu 112K tapi untuk unit end lot aku kena top-up 5K tapi kena bayar pada developer, maksudnya RM5K tu tidak masuk SNP. SNP hanya akan tercatat 112K. Menurut PIC dorang hanya tawarkan pada selected buyer sahaja dan unit-unit adalah terhad.. Katanya completion tahun 2015.. Actually aku dapat info dari blog RN - PROPERTYWALTZ, Thank You, RN
Aku pulak sekarang dalam 50/50 nak beli atau tidak.. google2 nampak macam bagus dan menarik untuk investment. Lagipun tak jauh pun dari tempat kerja asben ...Loan mmg boleh lepas lagi of courselah kena bayar 30% downpayment + RM5K+Legal Fees.. Mmg dari dulu mmg dok intai2 rumah lelong atau subsale di Bangi.. patut ker aku proceed ? any suggestion ?
Lepas raya ni pulak kerja2 ubahsuai rumah lelong akan dilakukan .. dan juga bermulalah kes tanah pulak. Makcik aku nak jualkan tanah pusaka iaitu sawah padi dan dusun durian di kampung. Mak aku pulak beria-ria suruh aku ambil dan dia nak bagi bahagian dia pada aku. Tanah ni mmg betul di hujung kampung tapi ada jalan bertarlah, di kepala tanah pula sungai kecil macam sungai congkak, mmg best kalau nak berehat2, nyamam. Dulunya rumah arwah nenek aku di sini tapi sekarang dah takdalah .. masa kecik2 dulu ada juga aku datang sini, dulu kalau nak kesini, kena naik kereta perebet sapu, lepas tu naik sampan, lepas tu kena jalan kaki lebih kurang 3KM baru sampai rumah nenek.. sekarang ni dah ada jambatan, kereta dah boleh masuk ... Mak aku pulak cadangan aku buat pondok kecil di sini untuk berehat2 ...dah tanah tumpah darah dia of course dia ada keinginan kesana.. hmmm insyaallah
ada kolej ke kat area situ
ReplyDeletedekat UKM ..dalam 5 mins drive
ReplyDeleteAku pejam mata je tulis cek. Byk lagi org register, mmg boleh abis. Btw waktu pegi tadi some intermediate unit masih ada. Kalau nk kena cepat. Bank islam jer panel bank yg bagi good rate
ReplyDeletetahniah, mat joe. yup, pic kata pun loan kena ambil dari bank islam, bfr -1.8 to 2.0%. MOF berapa ? 70% ?
ReplyDelete70 la. Nk wat camner, dah progess 35% dah, dpt bil nanti jenuh
Deletesy pon dpt sms tu ... tngah pk nak proceed ker tak ... huhu ... btw, developer accept tak kalau utk DP pakai credit card ?
ReplyDeleteAlie, yg RM1500 blh bayar pakai kad kredit.. legal fees boleh masuk loan ..
Deleteada lagi ka....? dulu nak amik, kata dah abis.alih-alih dah up lagi 5k..
ReplyDeleteada lagi a fews unit ini pun unit loan orang tak lepas. corner lot kena add. rm5K unit intermediate masih lagi RM112K. Fyi, dlm SNP RM112K nnt dorang akan minus balik RM2K dari downpayment yg kita bayar pada dorang.
Deletecuba try kol opis developer
Beli je, peluang macam ni bukan datang selalu. Harga akan terus naik dengan inflasi sekarang. By 2015, unit tu akan naik RM160k above.
ReplyDeleteTak rugi.
yup ..sy dah booked unit ni ..harap2 takde masalah dgn loan ..
ReplyDeletesy baru jer dapat sms smlm...pun masih 50-50 nak amik ke tak..deposit mmg 30% yer?lepas booking ape prosedur selanjutnya yer?
ReplyDeleteuntuk booking kena bayar RM1500 dan terus isi form Bank Islam ut loan ... dlm masa 3 mggu kita akan tahu loan status .. kl loan tak lepas developer akan refund balik. Bank akan bagi 70% loan utk rumah ke 3 keatas ..
ReplyDeleterumah ni leased hold...hmmm..
ReplyDeletepada saya leasehold not a concern .. yang paling penting pada saya kalau pembelian itu menguntngkan why not ..
DeleteSypun da ambil seunit...
ReplyDeletetahniah .. kita berjiranlah ni ..
DeleteProgress terkini 1 Mac 2013. Bumbung dah siap..
ReplyDeletehttp://www.flickr.com/photos/73332659@N03/8520271464/in/photostream
Gambaq progress setakat 1 Mac 2013..
ReplyDeletehttp://www.flickr.com/photos/73332659@N03/8520271464/in/photostream
thanks adli, saya ada ke site pada 2nd march.
ReplyDeleteharap2 developer dapat beri early VP ...
UBAHSUAI RUMAH area Bangi, Kajang, Cheras, Serdang, puchong, nilai, shah alam, subang, ampang, gombak, kepong (Selangor/KL) Sambung dapur, parking, ikat batu, pasang tile, mengecat, plaster, plaster siling, kayu, meja dapur/table top, paip DLL. Hubungi: 0173967406 khaidir (facebook.com/HederRenovationHouse) fan pages
ReplyDeletesalam...nk taye, dah ade owner offer for rent?sedang mencari yg utk disewa area berkenaan
ReplyDeleteada apartment melor ni nak jual x? sy berminat kalo nak jual faezahhanum@gmail.com
ReplyDeleteNak sewa @ homestay....dlm dilema
ReplyDelete