Semalam operasi pasang-memasang lampu dan kipas di rumah yg baru di menangi dilakukan. Untuk operasi mencuci rumah pula dibantu oleh anak-anak .. serononknya dorang main sabun.. bila bagi dorang main air mmglah dorang suka...macam kita kecik2 dulukan..
7 lampu dah di pasang cuma di bilik air belum pasang lagi sebab lupa bawa wayar elektrik dan pipe, kena adjust sikit kedudukan lampu. Insyaallah minggu depan boleh bereskan.
Malam semalam orang JMB dan tukang tengokkan keadaan rumah yang leaking. JMB setuju untuk betulkan keocoran bumbung pada hari sabtu ni, semua kos JMB akan tanggung.. alhamdulillah. Ada 3 kebocoran, iaitu di bilik utama, bilik air dan rumah tamu. Leak sampai ada lumut hijau kat dinding,agaknya kalau lama2 lagi boleh tumuh pokok kot. Satu lagi masalah ialah bilik air di dalam bilik, shower dan pili takde air ... apa ke hal nyer pulak ni ... selalunya siling boleh dibuka, tapi rumah ini siling di dalam bilik air di paku ... takde masalah yang boleh selesaikan.. cuma cepat atau lambat ajer...tapi kalau korang tengok macam ni mmg terus cancel nak bid.. ia mmg sesuai dgn aku yang sukakan cabaran .. :)
Pagi tadi jumpa bangla buat grill, bagi dia kunci rumah dan access card untuk ambil ukuran. Katanya dalam minggu ni boleh siap, ni kali ke2 upah bangla ni buat kerja. So far, so good hasil kerja dia. Charge nya pun reasonable jugak.
Dah ada potential beberapa tennant telefon nak tengok tapi aku delayedkan ke hujung minggu ni sebabnya bumbung tak di baiki lagi. Bukan apa rasa tak sedap pulak bila rumah tak repair lagi nak bagi dorang tengok. Ada yang beria-ria suruh reservedkan untuk dia, pada aku biarlah dorang tengok rumah dahulu dan baru buat keputusan. Aku tak nak dorang buat keputusan tergopoh-gopoh. Selalunya spesis tennant yg urgentlah kebiasaanya buat hal..
Listing-listing lelong nampak menarik, yang mana-mana masih bolehlah usha2..nak beli rumah lagi ? Insyallah, sejujurnya bila aku start beli rumah macam gian pula di buatnya... nak lagi dan lagi..
No comments:
Post a Comment