Malamnya kakak dan anak-anaknya tidur di rumah sebab nak menghantar kakak dan anaknya ke KLIA yang akan bertolak ke Perth. Malamnya memang gamatlah rumah aku, mana tidaknya bila semua berkumpul. Anak kakak sulung yang menuntut di Maktab Sultan Abdul Halim " ponteng" kuliah sebab nak jumpa kakak.
Paginya selepas subuh kami bertolak ke KLIA, wowow check in untuk international flights panjang betul, kakak kena queue-up almost sejam jugak. Anak no 2 dia beritahu yang dia tak nak balik sebab seronok duduk di Malaysia. Siap bagitahu bila besar nanti dia akan menetap di sini, nak jadi doktor tentera. Siap minta beret, songkok, rantai askar dari adik aku..Kata kakak dia ini agak nakal sikit tapi kalau aku tegur apa-apa dia akan dengar cakap. One thing ialah umur baru 9 tahun tapi fikiran dia matang, kalau bab2 IT dan phone mmg2 dia terer. Kakaknya just baru 13 tahun but looks mmg matured.. dua2 kalau di beri pilihan tak nak balik sana... lagipun dorang still malaysian cuma yg 3rd sahaja australian.
Masa nak masuk ke imigresen counter, anak no 2 tu mata dah berair-air, merah, bila di tanya ' are you crying " .. no im not crying " tapi air mata meleleh .. almaklumlah super hero .. aku selalu cakap pada dia " hero must hv a patience, thats why hero always win " .. yang 2nd one pulak membisu ajer, mata dah berair2 jugak .. yg 3rd one just 3yrs + taklah rasa apa-apa.. btw aku pun sedih juga.. walaupun jumpa 1 yrs + sekali ..
Dahulu kakak datang dari melbourne tapi balik ini ke perth sebab dia sekeluarga berpindah ke Geraldton. Rumah yang di beli sudah pun dapat kunci, kiranya dalam masa sebulan urusan pindah milik dapat di sempurnaka, cepat betul kalau dibandingkan di malaysia. Asben dia tunggu di perth dan untuk ke Geraldton mengambil masa 4hr driving jugak. .
Anak-anak aku agak sedih jugak akmaklumlah dah bersama-sama bermain, tidur bersama sebulan. Siap bagitahu dorang nak simpan duit untuk beli tambang kapal terbang ke australia. Sedih jugak aku tengok dorang .. insyaallah kalau ada kelapangan dan rezeki akan kesana tahun depan ...
No comments:
Post a Comment