Amat meminati bidang hartanah dan ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memenuhi impian persaraan awal .. insyaallah
Saturday, June 23, 2012
Progress Rumah2
Hari selasa lepas signed letter offer untuk loan rumah yang di beli semasa berholiday di Phuket. Submitted loan pada 4hb, banker called bagitau loan lulus 10hb, pada hari ahad. Minggu depannya dia pulak bercuti naik kapal persiaran Penang-Krabi-Phuket. Maksudnya aku hanya boleh jumpa dia 18hb. Guna lawyer yang sama untuk loan dan documentation. Dulu aku pakai firm ni buat loan, nak test tengok samada dia efisien ker tidak. Insyaallah takde masalah ..
Masa signed letter offer, banker bagitau sekarang ini susah loan nak approve sebab terikat dengan syarat-syarat ketat oleh BNM. Dia pun susah hati jugak sebab nak kena kejar target. Siapa kata bank simply nak reject loan, kalau boleh dorang nak luluskan semua application tapi of courselah dorang ada checklist yang perlu dipatuhi. Katanya sekarang ini banknya mengambilkira nett income sahaja, kalau applicant masukkan sewa sebagai punca pendapatan. katanya kalau rumah tidak disewa maknanya applicant hilang pendapatan.. Jangan risau lain bank lain peraturannya .. so kalau satu bank tak consider mungkin ada bank lain akan consider. Katanya kalau akak ada sapa2 nak buat loan rekemenlah saya. so mana2 yang nak buat loan rumah,loan asb, personal loan, kad kredit bolehlah hantar email pada aku syahproperty@yahoo.com untuk dapatkan no tel banker...
Loan rumah cheras pun lawyer dah advised pada PBB untuk disbursement. Beli rumah pada hujung bulan 9 tahun lalu, setelah 3 kali minta extension. Pembelian inilah yang paling yang mengambil masa yang terpanjang iaitu selama 9 bulan.. macam-macam masalah. Apa2pun rumah ini dah ada tittle, belum di pindahmilik ke nama owner lama.. Nasib baiklah rumah ini ada penyewa kalau tak mmg masaklah di buatnya, penalti oleh bank pelelong ialah BLR +4% .. walaupun buat rayuan untuk waive dan pengurangan, dorag tak layan. nak tak nak kenalah bayar juga.. Kata lawyer loan rumah JV pun akan di release pada hujung bulan ini. Alhamdulillah
Lepas ini nak tumpukan pula pada proses pengubahsuaian rumah lelong SUK. Dah berbincang dengan kontraktor indon, dia ambil upah ajer, barang2 owner kena beli. Costing pun dah dibuat selepas dapat sebutharga barang dari kedai hardware.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
BLR+4%?.. tingginya. so end up bayar berapa?
ReplyDeleteMmmg terlampau tinggi.. rm381 x 6 = RM2286
Deleteouh. dia kira untuk 6 bulan ye. ini lelongan mahkamah atau office pelelong?
Deletesetahu sy, kalau lelongan mahkamah xboleh minta extend. btul ke?
Yg ini lelongan di office pelelong.
ReplyDeletepernah tanya lawyer, katanya boleh buat rayuan untuk extension .. approval ? ikut budi bicara mahkamah.