Thursday, April 19, 2012

Progress : Permohonan Bekalan Elektrik

Semalam ambil EL sbb anak perempuan aku tak sihat, sekarang ini cuaca tak menentu, sekejap panas, sekejap hujan dan juga mendung.Taklah teruk sangat tapi takut juga sebab banyak sangat kes kuku, mulut, tangan, demam virus, denggi, selsema dan batuk. Anak ex-vendor company aku mati kerana kes kuku, mulut dan tangan, lepas tu pulak dia keguguran. Dahlah ada anak seorang sahaja yang dikandung pula gugur..

Anak adik aku yang berumur 40 hari pun, dah masuk 4 hari admitted di KPJ, kena lung infection.. mulanya dia pergi sebuah hospital swasta tapi dorang tak dapat detect sakitnya, bila pergi KPJ baru tahu yang anaknya kena lung infection.. kecik2 dah masuk hospital ..

Semalam ke pejabat TNB untuk permohonan bekalan elektrik untuk rumah yang di beli tempohari. Memandangkan bekalan tiada melebihi 6 bulan maka aku kena cari registered kontraktor untuk buat pemeriksaan .. aku cuba nego untuk exemption  bagitau yang rumah tak pernah diduduki tapi kerani tu bertegas juga. Nak tak nak kena appoint kontraktor.. masa aku beli rumah lelong di shah alam dulu tak payah nak appoint kontraktor .. just buat surat menyatakan yang pendawaian dalam rumah dalam keadaan yang baik. ...

Call 2,3 kontraktor untuk bertanyakan cajnya.. dapat juga seorang kontraktor yang mengenakan caj RM400 ... murah ker mahal ker aku pun tak tahu.. janji cepat buat kerja.. oklah .. hari ini dia call beritahu yang permohonan bekalan sudah diluluskan dan dah boleh bayar deposit di kedai Tenaga.  esok adik akan kesana buat pembayaran .. insyaallah esok lusa meter boleh di pasang..

Once dah ada elektrik bolehlah cari kontraktor buat grill dan pasang lampu, kipas.. Kadang-kadang beli rumah yang masih dara ada kebaikkan dan keburukanya.  yang bagusnya rumah selalunya tak rosak, tak perlu nak mengecat balik, just touch up pun dah okay.. dan juga tak payah nak pening suruh owner/penyewa keluar... tak bagusnya kita kena keluar duit buat grill, lampu, kipas dan juga kos-kos masuk air dan elektrik..

Bagi rumah yang didiami pula ialah selalunya dah ada grill, kadang2 dapat barang tinggalan seperti lampu, kipas, almari.. tapi yang paling tak best nyer kalau rumah seribu satu masalah, rosak sana-sini, owner/penyewa tak nak keluar, tunggakan bil utiliti yang tinggi....

Pendekata dua-dua pun ada kebaikan dan keburukannya.. sebagai pembeli rumah lelong kena buat anggaran kos-kos yang terlibat .. memang beli rumah lelong ini murah dari hari harga pasaran tapi kena bersedia dengan kos-kos yang perlu di tanggung. Selalunya aku akan buat costing kasar dan catatkan setiap sen yang dikeluarkan untuk sesuatu rumah. So that kita dapat tahu the actual sebenar kos yang di keluarkan...


19 comments:

  1. salam,
    utk share jer..
    skrg ni mmg TNB akan minta kontraktor yg berdaftar dgn Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk membuat pengesahan terutamanya apabila meter TNB dibuka.
    cas itu bergantung kepada kontraktor...tapi sy penah nego sampai rm200 jer...pada sy rm400 agak keterlaluan tinggi...

    ReplyDelete
  2. waalaikumusalam .. betul tu. kena appointed panel kontraktor yg di lantik ole ST..
    caj pun ikut suka-hati kontraktor nak letak .. dah cuba nego dgn lain2 kontraktor semua bagi harga paling rendah rm400..

    nampaknya kali ini kena "pow" dgn kontraktor sebangsa .. hmmm ..

    ReplyDelete
  3. As salam.... Sya baru jee apply TNB sambung lektik ke rumah yg baru menang auction. Boleh buat sendiri. Takyah pakai kontraktor pun...., Rumah tu dah kosong sejak 2006. Cuma air kena pakai kontrktor syabas utk pasang meter... Upah rm 100.

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam ..TNB cawangan mana tu ? dulu sy pernah buat utk rumah lelong di Shah Alam, takde masalah just buat surat ajer. TNB BTHO ni tak nak tolak ansur langsung. Looks like diff. branches diff SOP ...

    tahniah, diatas kemenangan rumah lelong

    ReplyDelete
  5. biasa cas dalam RM250.

    400 tu agk mahal la

    ReplyDelete
  6. banyak orang bagitau kontraktor caj mahal

    ni 1st time appoint kontraktor ..

    redha ajerlah ...

    ReplyDelete
  7. Saya pun t'paksa buat perkara yg sama ;[. Bleh tn2 bg saya no tepon kontraktor elektrik tu? Tk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Khair.. setiap kedai tenaga ada listing kontraktor dorang sendiri..

      sila dapatkan listing tersebut dari mereka dan kenalah pandai2 nego dengan dorang. Dari feedack reader lain cajnya tak sampai RM200. Ada juga yang tak perlu appoint kontraktor ..
      Entahlah TNB ni mmg FAILED bab2 Standard Of Precedure. Diff kedai TN diff practice..

      mcm kes saya kow2 kena tipu .. hmmm ..

      //syah

      Delete
  8. meter air syabas rumah aku dah 2 tahun dicabut.tadi pergi syabas tanya.tunggak bill rm700 lebih.if nak sambung Dan apply kene bayar rm100 deposit rm30 pemasangan meter Dan rm420 untuk kontraktor plug ferrale. rumah yg aku beli Janis rumah pangsa kos rendah.meter air direct syabas. aku rasa macam tak masuk akal je caj rm420 tu! bukan ke rm 30 tu caj pemasangan meter. orang kaunter syabas tu cakap tak boleh pakai plumber lain coz cuma kontraktor tu je ada kunci untuk tutup main paip tu? mahal sangat lah rm420 tu! betul ke kene caj rm420 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. complaint direct ke spans. kalau nak email untuk buat complaint, leh pm sy. sourplum86@gmail.com

      Delete
  9. anne, saya pernah deal dengan syabas untuk apply meter air untuk rumah lelong yang telah ditinggalkan selama 2th+ tapi pemasangan di lakukan oleh syabas bkn kontraktor. Tak silap termasuk deposit dan pemasangan sy hanyalah RM130. Pejabat Syabas daerah mana ni ?

    //syah

    ReplyDelete
  10. sourplum, saya pernah called SPANS, tapi dorang tidak menetapkan upah tukang paip, sebab tulah tukang paip boleh caj suka hati.. sebabnya dorang tahu mereka tidak akan dikenakan tindakan oleh pihak SPANS. Saya pernah komplen dgn seorang pengurus cawangan Lembaga Air Perak pasal caj tukang paip. Dia pun bagi tau perkara yang sama, ikut bicara tukang paip ..

    ReplyDelete
  11. balik balik keperluan hak asasi yang ditanggung oleh pengguna...Siapa yg bersalah.......?

    ReplyDelete
  12. Brapa lama baru boleh apply api dan air .klau kita beli rumah lelong nk tugu bank lulus dulu ke...?

    ReplyDelete
  13. Untuk aplly api air rumah lelong yg 2tahun tinggal ni terus boleh aplly atau kena tugu bank lulus loan dulu?

    ReplyDelete
  14. Brapa lama baru boleh apply api dan air .klau kita beli rumah lelong nk tugu bank lulus dulu ke...?

    ReplyDelete
  15. as salam tumpang tanya. boleh kongsikan no telefon kontraktor TNB & Syabas? nak buat pemasangan nak masuk rumah baru. terima kasih

    ReplyDelete
  16. Di Bandar Kuching, ada kenalan nak pasang elektrik ke rumah baru, rumah betul2 tepi jalan besar. SESCO kenakan RM10,000 untuk pemasangan. X perlu pacak tiang baru, tapi SESCO kata kena pacak gak. Untuk makluman, di Sarawak, 100% caj pemasangan elektrik ditanggung pengguna. Kabel, tiang, upah semua kita kena bayar. No subsidi at all.

    ReplyDelete
  17. Kontraktor Elektrik Berdaftar . Call For Quotation
    Hafiz 017-2533358 Cover KL & Klang Valley http://lemonvillage.blogspot.com/

    ReplyDelete