Pada hari minggu yang lalu kami sekeluarga menghabiskan kerja-kerja di rumah yang di beli tempohari. Mengecat bahagian-bahagian yang kotor kerana kebocoran bumbung. Mana-mana yang ada lumut hijau, kikis semampu yang boleh, selepas tu pulak di gosok dengan berus, coating dengan cat putih barulah di cat yang seakan sama warna [ tak sama pun aku tengok, daripada nak mengecat satu rumah better touch up ajerkan]. Letakkan tape baru straight, kalau tak mesti " heroq, pekoq " .. aku membantu ajer..bab mengomen tu aku nyer expertise.
Indon yang di upah oleh JMB datang memperbaiki kebocoran, katanya genting tidak disusun dengan baik dan , bila hujan turun dengan lebat air akan masuk dalam rumah. Dia naikkan bahagian tersebut katanya insyaallah dah tak bocor lagi, kalau bocor, call dia terus. Satu masalah lagi ialah sistem pendawaian rumah ni agak kurang bagus. Bila ON lampu salah satu bilik tak menyala, bila ON lampu bilik air baru menyala. Asben terpaksa buka plug dan found out wayar yang di sambung terbalik , lepas tukarkan baru okay, begitu juga dengan kipas, bila ON lampu pun on sekali [ ni kes developer nak jimat duit, tak tarik semua wayar dari DB]. Almaklumlah rumah tak berpenghuni selama 6 tahun lebih, takde sapa yang nak check defect... masalah paip dalam bilik air pun dah okay, sbb dah lama tak di gunakan kepala paip dah karat sampai air pun tak keluar. Grill pun dah siap di pasang oleh tokeh bangla..
Buat iklan minggu lepas dan ramai yang call, beritahu dorang yang hari weekend baru boleh tengok. Verbal kata nak datang tapi seorang pun tak datang tengok rumah.. puncanya ialah dorang bertanya, ramai ker nak datang tengok, dan diberitahu adalah 3, 4 org yang confirmed nak tengok, end up sorang pun tak datang ... :) Malam semalam readvertised, hari ini dapat 4,5 call dan SMS. Ada 3 orang yang baru grad dari UNIxxx dan baru dapat kerja dan amat2 memerlukan rumah, dan sekarag ini menumpang di rumah rakannya. Tak tengok lagi pun dah terus confirmed sebabnya rakan kuliahnya menyewa di pangsapuri tersebut. Deposit di bayar dan mereka akan move in esok.. Sewanya ialah RM500 untuk unit top floor, walk up apartment. Kebanyakkan unit di disini untuk topfloor sewanya around RM500, kalau ada barang add-on RM50 lagi. Aku tambahkan rak memasak di dapur dan rak pinggan, yang kosnya untuk kedua-dua barang ini ialah RM230 ajer. kawasaan rumah ini berpagar, guarded, bersih, access card dan majoriti penduduk adalah melayu. Ada lagi unit yang akan di lelong dalam masa terdekat ini. Harap2 takde bidder so that aku boleh rembat lagi ...
SEBELUM
|
Harga kedua2 barang ni RM230 ajer.. |
|
Bahagian dlm bilik yang sudah di cat |
|
tokeh bangla yang buat ni .. |
|
end up bilik air ni bertukar putih |
|
2nd bedroom |
|
Ruang tamu.. .. |
No comments:
Post a Comment