Thursday, August 16, 2012

UNFRIEND

Just nak shared sikit cerita pasal rakan zaman sekolah dulu2. Facebook adalah satu media komunikasi yang popular di masa kini.Kita dapat mencari balik rakan2 yang bertahun2 kita tidak hubungi, mengenang kembali memori- memori suka duka zaman2 dulu, mengeratkan silaturahim diantara keluarga dan kawan2.  Sebaik dan sebagusnya kita menggunakan facebook secara berhemah, menggunakan perkataan yang baik apabila melontarkan teguran, komen dan pujian.

Aku agak rasa sakit mata bila membaca salah sorang rakan facebook yang melontarkan perkataan yang terlalu biadab bilamana memberi pandangan dalam sesuatu perkara, of courselah bekaitan dengan politik. Aku pun google2 pasal manusia  ni, bila taip namanya di carian pakcik google mmg teruja aku tengok TOP COMMENTER di beberapa portal online, wow perkataan yang di lontarkan pun mmg2 biadab. Dalam masa yang sama beliau mempunyai blog yang memberi nasihat dan pandangan yang bagus sekali.. 

Pada aku mengenai politik ini adalah hak individu samada sokong pada siapa dan benci pada siapa.. tapi janganlah terlampau emosi melontarkan perkataan-perkataan yang terlalu biadab. Kalau selalu sangat menggunakannya nescaya ia akan menjadi tabiat. 

Dengan ini aku sudah UNFRIEND dengan beliau dan selama aku berfacebook tak pernah aku hantar mesej or memberi komen kepada beliau. Tapi sebab rasanya jijik dengan perkataan di wallnya aku mengambil keputusan untuk menNYAHkan dia..

Something mengenai beliau ialah zaman sekolah dulu OK ajer, pendiam, cakap tak banyak but now ..hmmm

4 comments:

  1. perenggan terakhir tu terus menyebabkan aku teringat kawan pompuan sekelas masa sekolah rendah dulu...

    pendiam, jarang menjadi sukarelawan kecuali cikgu suruh, selalu kena sakat oleh kawan2...tapi sekarang ni...antara yang paling vokal (melalui FB la) pasal arena politik tanah air...

    memang dah lama teragak nak UNFRIEND...tapi setakat ni masih mampu untuk IGNORE segala posting beliau.

    ReplyDelete
  2. Confirm geng PR la tue.. aku pun ada kawan facebook yg mcm tue gak, perangan tak senonoh. Org masuk facebook nak rapatkan perhubungan tapi dia sebaliknya, nak sakitkan hati kawan2 sedangkan dia tahu setiap orang punya ideologi politik yg berbeza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anon.. Tak kiralah orang PR or BN tapi pendapat yang di lemparkan mestilah beretika.

      Delete