Semasa dok seronok bercuti aku sampai lupa pula nak call someone yang aku wakilkan untuk membida sebuah rumah lelong. Itu namanya release semua tension sampaikan aku dah lupa smua hal.. :)
Keesokkan harinya baru aku call bertanyakan status bidaan. Syukur Alhamdullilah, rumah tersebut dapat pada Reserve Price.. Actually aku prepare bank draft lebih dari deposit yang ditetapkan oleh pelelong. No problem, kalau issue lebih dari RP, lebih boleh jangan kurang.. Biasalah semua rumah aku beli dari auction semuanya murah2 ajer, tak pernah lebih dari 70K. Untuk tahun ini adalah unit 3 beli rumah mengatasi tahun lepas hanya 1.. dan unit ke 7 yang di beli melalui lelongan. Listing yang terbaru nampak menarik, ada juga reader yang email bertanyakan di mana, pada aku senang ajer, yang mana kawasan yang anda familiar itulah kawasan yang harus invest dahulu.. janganlah pula invest tempat yang tak boleh generate + CF ... recommendation, mmg aku said sorrylah .. sebab takut tersalah advised ..
Pada aku senang ajer, janji dapat sewa sekejap dan kalau nak letgo takde masalah, senang cari buyer. Setengah orang asyik mendambakan return yang tinggi, pada aku kalau dapat return lebih dari modal yang di keluarkan pun dah cukup. contohnya keluar modal around 10K dapat return 10K dalam satu tahun sudah memadai untuk aku. Mana2 yang boleh kept, aku akan kept, tapi kalau modal pun dah kering, bolehlah letgo satu dua.. Ini cara aku, setiap orang ada perkiraan masing2, sebabnya masing2 yang tanggung risiko, nobody2 but U ..merapu dah aku ni .. tengah banyak idea
Rumah yang dapat ini pun kosong, tak pernah didiami, api dan air masih ada lagi, cuma fuse ajer kena curi. dah confirmed dengan TNB, account masih active. Jangan pula pandai2 letak fuse sendiri. Cuma merisaukan aku ialah bumbung rumah ni ada kebocoran.. Selalunya kalau bumbung covered under maintenance. Tak tahulah pula samada JMB ni nak buat ke tidak. Pernah dulu, ada rumah aku yang bocor dan JMB betulkan. Pernah juga terkena JMB berdolak dalik and at last aku keluar duit poket sendiri RM300 upah orang buatkan.. Kalau ditunggu2 lagi bila tahun dorang nak buat. Rumah pun tak boleh di sewakan.. keluar duit sikit pun redha ajerlah. MV lowest ialah 75K, kalau valuer bagi lower than figure ni, aku tak tahulah dia based dari asas apa ..
Ingat hari ahad nak buat operasi bersih-membersih rumah ni. Lampu, kipas dan lock semuanya aku dah borong. Nak kena arrange orang grill buat grill, dalam minggu depan oleh siap rasanya. Mmg pantas tokeh bangla ni buat kerja. Bangla pun boleh jadi tokeh, tak silap perkerja dia ada 20 orang..
Loan pun dah applied hari selasa yang lalu, MOF biasalah 70% untuk aku yang banyak hutang. Banker kira2, katanya " Kak loan boleh pergi banyak lagi ni " aku cakap ... yang dah ada ni pun dah banyak. Insyaallah, end of next week keputusan membuat hutang akan di ketahui. Kira2 monthly repayment ialah RM187 sahaja, sewa rasanya boleh push between RM450-500.
Kerja kontrek lagi minggu ni, aktiviti mengeluarkan peluh setelah fresh dari bercuti ..Esok akan ke PWTC attend Konvokysen Asben yang akan menerima Ijazah Technoly Management [ Engineering ], lepas ni nak buat master pula katanya.. aku menyokong ajer .. asalkan dia ada minat . Apa2pun TAHNIAH pada Asben Tersayang ..
thniah. byk +cf tu
ReplyDeleteterima kasihm, sourplum,
ReplyDeletealhamdulliah