Hujung bulan ini salah seorang penyewa akan pindah keluar setelah menyewa rumah aku selama 15 bulan. Penyewa ni mmg bagus dan good payor, kalau dapat gaji awal dia akan bank in awal. Selama dia menyewa tak pernah aku follow up dengan dia pasal sewa rumah.. mmg bagus.. dia berpindah sebab isterinya sudah tamat pengajian di PJJ di IPTA yang berdekatan dgn rumah ni ..
Dah dapat confirmed penyewa iaitu student IPTA yang akan menyewa mulai bulan ogos ini. Ramai yang telefon bertanyakan pasal rumah ni, just bagi alamat rumah dan dorang hanya boleh view dari luar saja sebab aku tak nak menganggu current tenant. Tak sedap pulak nak ganggu tennant walaupun dia dah served notice pindah keluar. Ada juga yang tersalah view rumah orang lain.. hmmm ada juga yang nak buat verbal confirmation. Mmg aku tulis clearly di iklan aku iaitu " Verbal Confirmation Tidak Akan dilayan ". Kalau bab booking rumah ni mmg kena ambil sekurangnya deposit sebulan dahulu, bila serah kunci baru minta balance deposit dan sewa. Kalau tak buat macam ni, mmg tak secured sebabnya bakal penyewa boleh cancel confirmation bila2 masa sahaja sbbnya dorang takan rugi apa2 dan masalahnya kita kena re-advertise dan ulangi benda yang sama... Ada seorang mamat ni yang beria-ria nak meyewa katanya boleh terus bayar 3 bulan, tapi beliau terlambat 1/2 hari sebabnya aku telah menerima confirmed penyewa ..
Tendancy Agreement mmg kena buat untuk memastikan kedua-dua pihak clear tanggungjawab masing-masing. So far hanya satu TA sahaja yang aku stamping dan selebihnya tidak disebabkan oleh alasan-alasan tertentu .... kalau commitment aku tahap2 nyawa2 ikan baru aku nak buat stamping.. Thru my reading kalau tak stamping pun tak apa asalkan kedua-dua pihak menurunkan tandatangan di atas kertas .. entahnya banyak pendapat mengenai stamping ni .. bab ni better consult cerdik-pandai yea.. masing2 yg tanggung risiko .. yea
Yang best nyer aku dapat menambahkan +CF sebanyak RM50 lagi, syukur alhamdulillah .. tak banyak tapi sapa nak bagikan ..
No comments:
Post a Comment