Alhamdulillah full disbursement rumah teres dan rumah apartment yang aku beli secara subsale dah done. Cuma yang pending adalah kes rumah lelong shah alam yang mana bank lawyer dah advised bank untuk disbursement. Loan rumah di Klang dah approved dan aku akan sign LO within this week. Aku pun dah advertised rumah shop apartment aku untuk dapatkan duit pusingan. Harap2 unit dapat let go dalam 2-3 months, insyallah. Hari Sabtu ni aku akan dapat kunci dari developer untuk rumah aku di shah alam dan pada petangnya aku nak basuh rumah aku di klang.. once developer dah pasang db box aku dah boleh start advertise untuk sewa.
Dari minggu lepas aku, asben dan adik aku sibuk mengecat rumah kakak aku di sentul, satu rumah kena cat dengan siling2 pun kena cat tu. Tak banyak dah yang kena buat cuman sedikit touch up, cat grill dan gantikan main door. Since kakak aku tinggal di australia kenalah kita orang tolong dia kalau nak upah orang makan ribu nyer. Tengah2 kitaorang mengecat dah ada orang nak bertanya nak sewa. Whatever keputusan pasal rental rate aku serahkan pada kakak aku sebab rumah ni rumah dia, lagipun dia previously dia sediakan almost fully furnished pada tennant lama.
Kebelakangan ini aku sesangat bz dengan kerja di opis dan melayan politiking boss aku.. sempat jugaklah aku curi masa deal dengan banker, lawyer dan PBT.. nak hidup kan kenalah curi2 masa jugak ..
No comments:
Post a Comment