Pada hari Isnin yang lalu anak aku dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut. 2 test di lakukan bagi mengenalpasti masalah kesihatannya. Aku ambil single room since lebih selesa dan privacy. Keputusan ujian yang di lakukan adalah normal dan anak aku discharge pada petang tadi. Since asben aku kerja hari ini, aku naik teksi balik ke rumah. almost 1 jam aku tunggu teksi di lobi Gleaneagles.
Berkenaan rumah lelong, aku curi masa ke NCM ptg tadi ambil POS yang sudah di mati stamp. Lebih kurang pukul 5pm asben aku called kata ke Penang untuk buat presentation di office client. Waduh2, aku pun call kawan aku tu cancelkan hantar POS. Esok baru aku akan hantar.
No comments:
Post a Comment