Manusia sombong adalah manusia yang dahulunya susah tapi lupa diri bilamana dia memperolehi kesenangan. Manusia sebegini memamg wajar dipulaukan kerana lupa asal usul dan rakan-rakan di masa susah. Kadangkala aku pun hairan dengan kesenangan yang sedikit dia menjadi lupa siapakah orang di sekelilingnya. Aku sentiasa mengingati diri aku sendiri dari mana aku datang dan siapakah orang yang aku gauli pada susah.
Pada aku adakah kesenangan yang kecil itu sudah cukup untuk berlagak sombong dan lupa diri. Aku amat membenci orang yang sebegini..dan semestinya dia sedar bahawa langit tidak selalunya terang ...
No comments:
Post a Comment