Sunday, May 16, 2010

Aktiviti Hari Sabtu

Semalam aku ke lelongan CIMB unuk membida sebuah unit apartment mewakili kawan atas kawan aku. Alhamdulilah menang pada RP. Kawan aku tak dapat dapat datang sebab sibuk dengan kenduri perkahwinan saudara dia. Dapatlah aku komisen bank pelelong nanti since aku menang unit ini.

Aku dan asben terus balik rumah untuk lunch since aku akan ke Shah Alam ambil kunci rumah apartment yang siap tapi tak ada CF. Hmm senang betul developer ni lepas tangan. Aku ke management office ambil kunci, complain form dan terus ke unit aku di tingkat 9. Banyak juga complain yang aku catatkan, since developer ini kaki auta of courselah sedikit kerosakkan pun aku complain. Lepas checked semua aku ke management office cakap aku tak nak sign apa2 form since aku tak berpuashati dengan mutu buatan rumah tu. Lagipun form tu pun macam cuba nak tipu pembeli. Tulis ajer complain form tapi kat bawah tu tulis saya berpuashati dengan unit rumah dan kerosakkan telah di perbaiki.. Aihhh .. Lagi satu dia letakkan syarat standard grill design yang costnya lebih kurang RM1350 .. Mahal tu ..Aku pun tanya kalau saya buat design lain apa tindakan management office. Aku cakap your office grill pun tak ikut standard design so u cabutlah grill tu ...

Masa aku keluar dari opis tu aku berkenalan dengan seorang makcik dan berborak2 dengan dia. Dia pun complain pasal mutu buatan rumah yang sambil lewa. Aku tanya dia dah signed form ker, dia cakap dah.. aku cakap pergi balik ke management office cancel balik signature tu or else developer akan lepas tangan macam tu ajer..

Dar Shah Alam aku ke Klang cuci rumah lelong since rumah ini tak di diami since siap. Aku dan asben cuci rumah tu sebab berhabuk teruk dan tengoklah dalam minggu depan asben aku nak pasang lampu dan kipas. Bolehlah aku bawa anak aku nanti once dah bersih. Magrib jugalah kita habis cuci rumah tu dan terus balik ke Cheras.

No comments:

Post a Comment