Semalam aku ke klang ambil db box dari guard house since developer tak pasang2 lagi DB Box. by right untuk rumah lelong developer tak payah bersusah-payah nak pasang db box. Dia dah kasi DB Box kat aku pun dah syukur rahmat. Masa ambil DB Box ketua blok offer nak tolong pasangkan untuk aku.. dia mintak RM20 ajer pasang DB box.. murah gilos. Aku cakap pada asben aku, kalau dia nak pasangkan lampu dan kipas juga. Dia cakap boleh satu point lampu dia charge RM8 ajer dan pasang kipas dia charge RM20 ajer .. dengan senang hatinya aku belikan kipas dan lampu2.. dan bagi cengkeram RM100 pada dia. Aku cakap pada asben aku bila dia dah siap buat kerja aku nak kasi lagi RM100 eventhough dia minta RM120 untuk semua kerja ... betul2 rezeki aku ..
Asben aku tanyakan pada pak guard siapa yang boleh buat grill, dan dia pun kasi telefon tukang grill. Masa aku dalam rumah, tiba2 tukang grill yang kebetulan tinggal di blok yg sama tanyakan pada aku nak buat grill ker . aku jawab .. yea nak buat grill. Dia charge RM1100 untuk 4 tingkap, 2 tingkap bilik air, ruangan washing machine, dan grill di pintu depan, jenis grill besi masuk dalam ... congakkan aku kira murah jugalah.. actually rumah klang ni kurang masalah, bank pun belum disburse duit lagi.. Insyallah bulan 7 ni nanti aku akan sewakan. Syukur kepada allah kerana mempermudahkan jalan ..Minggu depan ada orang nak tengokkan rumah tu.. insyallah jadi hendaknya..
Hari ni aku ke Pekan hadiri kenduri kawin sepupu asben aku. Dari KL pukul 7 sampai pekan 10:30pg. Minggu depan baru kenduri sebelah lelaki tapi aku sekeluarga tak dapat hadir sebab akan ke JB dan seterusnya ke Singapore.
Hari ni juga kawan asben aku pasang DB BOX di rumah lelong di shah alam. Cuma pasal sambungan paip dah lesap aku kena cari kedai plumber beli besi ... Since developer ni banyak cekadak malas aku nak deal dgn diorang... Aku kena settlekan juga since student UITM dah bayor booking pada aku.
Aku dah dapat rasa betapa busy nyer aku setiap hari, buat follow up dengan lawyer2, bankers, vendor2 dan PBT. Layan incoming call, sms, email dan hantar details. Hujung minggu pula sibuk bawa orang tengok rumah, mengecat dan repair yg mana perlu .. Apa2pun aku ENJOYED dan setiap hari aku dapat berkenalan dengan ramai orang yang macam2 ragam ...banyak knowledge aku pelajari dan banyak perkara yang aku kena perbaiki lagi ... pendekata aku puashati dengan pencapaian aku setakat ini .. syukur alhamdulillah ....
No comments:
Post a Comment