Pada malam selasa yang lalu aku berkejar ke HUKM sebab my son tiba jadi kejang. Masa tu aku dan asben keluar beli kek untuk celebrate brithday my son. Nasib baik masa tu adik aku ada di rumah. Since kita orang dah well planned birthday dia, aku pun order pizza dan masak mee goreng untuk dia. Asben aku belikan dia kereta control sebagai hadiah hari jadi. Lepas celebrate birthday dia, pukul 10:30pm aku dan asben ke HUKM bahagian ER, aku pun bagitau apa yang terjadi pada anak aku pada petugas ER dan terus diorang tolak anak aku kedalam berjumpa doktor. Aku pun ceritalah pasal background medical dia. Diaorang pun ambil darah untuk ujian. Maklumlah hospital goverment lambat sampaikan anak aku tertidur dalam emergency wad. Lebih kurang pukul 1:15am doktor decided tahan anak aku di wad untuk oberservation. Attendant bawa anak aku atas wheelchair ke wad kanak2. Since kitaorang tak bawa apa2pun asben ke 7E beli air dan roti incase kalau anak aku lapar. Aku tidur atas katil wad dgn anak aku since dia tiba2 aje jadi macam sedih. Bila asben aku balik dari 7E dia decided temankan anak aku di wad, lebih kurang 3:30am aku drive seorang balik ke rumah. Sedih betul rasanya.
Pagi lebih kurang 8am aku ke HUKM bawakan baju2 dan barang2 keperluan. Doktor kata anak aku kena jalani beberapa test untuk mengesahkan masalah kesihatan dia. Diorang pun cuba dapatkan test tersebut dengan kadar segera. Actually nilah 1st time anak aku masuk government hospital tapi disebabkan apa yang berlaku pada anak aku ini mungkin ada related masa dia baby sebab dia lahir di HUKM, jadi aku dan asben decided pergi HUKM. Aku bawa laptop bagi dia surf internet dan main online games supaya dia tak boring sangat. Lepas jemu dengan internet dia main kereta dalam wad. Aku biarkan ajer at least masa dia terisi dengan aktiviti2.
Seperti yang di jangka test tidak dapat dilakukan dengan alasan kekurangan staff. Doktor berikan 4 appt pada bulan 6 dan 7 ... anak aku discharge pada hari khamis.
Esok aku akan ke Hospital Istana untuk bid rumah tapi bukan utk aku tapi untuk orang lain.. harap2 menanglah ...
No comments:
Post a Comment