Hari Jumaat lepas aku cuti since anak aku keluar hospital pada hari Khamis. Pagi tu aku ke Kajang untuk bayar legal fees since diorang instructed bank buat disbursement. Dengan hati yang gembira aku kesana dan bertanyakan bila bank nak disbruse duit since extension expired pada 20th May, dengan selamba aje kerani tu cakap tak tahu samada boleh catch the date atau tidak. Menyirap darah aku dengan aku mendengarnya. Aku cakap pada kerani u call bank sekarang bila mahu disburse ? dia pun call bank dan kata officer in charge dia cuba cakap dengan boss dia untuk buat disbursement. Jawapanya sama ajer kita cuba disburse sebelum 20th May .. Kerani legal firm memamg memamg lembab gila, bila call mc, cuti, makan, engaged bila suruh call balik haram nak call balik. Aku cakap pun macam kurang asam jugaklah pada kerani lawyer tu, balance legal fees aku taknak bayar sehingga dia dapat confirmation dari bank bila boleh buat disbursement. Ini bank lawyerlah, panel bank kononnya tapi lembab...
Next location aku ke Cheras signed letter offer untuk rumah lelong di klang. Borak2 dengan dia lebih kurang 15 mins. Then aku gerak ke old klang road jumpa lawyer aku minta advise pasal problem loan disbursement since extension dah nak expired. At last aku decided jika EON tak dapat disburse duit sebelum 20th May aku akan settle cash. Aku issued post dated cheque bertarikh 18th May kepada bank pelelong dan beri pada lawyer aku. Malas aku nak pikir banyak2, sakit hati betul di buatnya. Masalah2 betul dengan rumah lelong di shah alam.
Seterusnya aku ke AIA Jln Ampang ambil borang untuk claim Hospital Benefit since anak aku admitted di HUKM selama 2 hari. Perut pun dah berkeroncong aku ke 2nd Floor ke AIA Food court untuk brunch .. breakfast and lunch.
Lepas tu aku ke Pusat Bandar Damansara untuk beli insuran motor aku since dah expire, tengok2 kedai yang aku beli insuran tahun lepas dah tutup. Aku pergi ke Pejabat POS di PBD gamble kalau2 ada insurance 3rd party available. Susah sekarang ini nak cari 3rd party insuran sebab insurance company letak quota setiap hari. Luckily still ada, aku pun proceed beli insuran dan renew rod tax aku.
Lepas tu aku terus shoot balik rumah.. ponet gilos ...
No comments:
Post a Comment