Wednesday, March 3, 2010

Sign Loan Agreement Shop Apartment

Hari ini asben aku dapat mencuri masa pergi ke pejabat lawyer untuk sign loan agreement. Sebenarnya pejabat lawyer dah called on last wednesday bagitau yang dokumen dah siap untuk sign tetapi memandankan asben aku ni sibuk sesangat terpaksa delayed beberapa hari. Hari ini kebetulan dia ada meeting di Bangi dan terus pergi pejabat lawyer di Kajang sign loan agreement. So far shop apartment progress nampaknya on track, so far takdelah masalah. Cuma rumah di Shah Alam timbul berbagai-bagai masalah. Peing jugak aku di buatnnya. Aku dah insructkan pejabat lawyer buat extension. Yang delayednya EON Bank sendiri yang tak boleh beri jawapan mengenai loan balance kepada developer. Malas aku nak ulas banyak-banyak. Lagi aku explain, banyak pula aku berfikir. So aku slow-slow aje. Esok cadangnya aku nak follow up dengan legal firm yang menguruskan kes shah alam ini.

Mengikut kata lawyer baki jualan rumah di hulu langat dapat dalam minggu depan. Almost 2 tahun kes ni selesai .. Penat aku follow up dan call sana-sini. Yealah inilah dugaannya membuat pelaburan hartanah. Urusan jual beli rumah tak semudah beli kereta dan beli tanah. Banyak pihak yang involved.

Aku masih finalised unit yang aku nak bida pada 13 Mac ni. So far dah ada 3 unit yang menarik minat aku. Tapi akan bid satu unit sahaja sebab aku takut ada masalah dengan bank loan. Apa yang menariknya company tempat kerja aku offer BLR -1.9 for whole tenure. WOWOW, peluang keemasan ini bagi aku buat pelaburan hartanah.

Minggu depan aku akan PNB converted kan bonus aku ke bentuk sijil untuk aku buat colleteral OD. Pasal OD ini aku akan applykan dari tempat kerja aku sebab dapat BLR -2.0.

Harap-Harap hari yang mendatang adalah hari kegembiraan untuk aku, keluarga dan sahabat-sahabatku. Menjadi insan yang bersyukur dengan rezeki yang di berikan menjauhkan aku dari sikap tamak haloba. Jika bala yang datang jadikan ia sebagai satu perangsang untuk aku meninsafi diri yang menjadi insan yang sabar dan tabah ....

No comments:

Post a Comment