Petang tadi aku punyalah sakit hati dengan anak-anak jiran aku yang tersangat kurang ajar. Sudah berbuih mulut aku cakap pada diorang jangan main bola depan rumah aku. Hari Jumaat lepas masa diorang tengah main bola aku saja lepak depan rumah aku sampai jeling-jeling pada diorang aku ingatkan diorang ni respectlah aku sikit, dia buat banggang ajer. At last aku ambil kamera shot gambar diorang sebagai standby incase aku nak bring up this matters di masa hadapan dan menakut-nakutkan mereka. Lepas aku shot terus diorang tak main.
Petang ni dengan selamba badak diorang main lagi depan rumah aku siap sound lagi pada aku main elok-elok nanti ada orang nak tangkap gambar. Sial betullah budak ni dan betul-betul kurang ajar. Sedangkan mak-ayah diorang bukan tak tahu yang aku memang tak benarkan diorang main depan rumah aku sebab kereta aku park di luar pagar dan ada insiden bila bola melantun masuk rumah aku dengan selamba badak ajer diorang panjat pagar rumah aku.. Aku pun naik heranlah mak bapak sekarang ni, macam takut nak marah anak dan buat bodoh ajer. Depan rumah diorang taknak maik sebab mak bapak diorang pun parking kereta luar pagar. Agaknya mak bapak diorang ni hanya sayangkan harta dia dan tak kisah kalau anak diorang rosakkan harta benda orang lain. Last year lepas aku sound diorang main bola, kereta aku di pancitnya.
Aku ingat kalau diorang ni melampau sangat aku letakkan papan tanda larangan main bola depan rumah aku. Padang kat taman rumah aku ada di sediakan taknak pulak dia nak main. Mak bapak diorang ni ajk rukun tetangalah , ajk MPPlah tapi anak-anak nak handle anak sendiri pun tak reti macam mana nak berkhidmat dengan masayrakat.
Lagi satu insiden kurang ajar masa raya lepas masa asben aku undur kereta diorang balingkan mercun bom betul-betul belakang kereta aku. Apa lagi aku dengan asben aku pun soundlah balik, punlah kurang ajar kita pula di tengkingnya. Lepas tu campakan mercun depan aku pula. At last aku call polis buat laporan dan suruh kereta peronda berhenti depan rumah diorang ni sebagai bukti yang aku tak pandang benda ini sebabgai ringan. Anak beranak jiran aku ni memang gangster betul dan kurang ajar.
Itu sebabnya kat sini asben aku hanya bercampur dengan orang surau ajer dan jiran-jiran cina. Nasib baik rumah aku ni endlot dan sebelah aku adalah cina yang aku memamg ngam dengan dia.Sebab jiran cina aku pun cakap jiran melayu aku tu pernah sound sebab cucu dia letakkan kereta di luar cakap halang lalulintas tapi bila jiran baik dia parking sampai block jalan tak pulak dia sound..
Bosan betul dengan jiran yang tak reti respect orang ni.. tak sabar juga aku di buatnya. Agaknya mak bapak macam ni bukan nak bagi nasihat pada anak-anak supaya bertatasusila tapi menyemarakkan anak supaya jadi gangster ...
Aku plan nak pasang cctv rumah aku, so senanglah sikit aku monitor rumah aku. Aku kalau ada bukti yang diaorang buat anything pada rumah aku .. memang cari nahas .. orang putih cakap " see in in the court "
No comments:
Post a Comment