Semalam aku dan asben ke Subang Jaya survey dua buah rumah lelong di sana. Seperti selalunya aku akan buat carian google map bagi memudahkan aku nak cari lokasi rumah.Tak susah pun nak jumpa, asben aku minta kebenaran dari guard sebelum masuk. Alamak rupanya bukannya rumah yang nak di lelong rupanya office yang berada di bawah apartment tersebut. Aduhai .. terus cancel..tak pelah at least aku dah ada sedikit pengetahuan kedudukan kawasan ini.
Next aku ke Klang, tak susah pun nak cari sebab adik ipar tinggal di kawasan ini. Lepas parking aku dan asben ke peti surat tapi berkunci, dalam peti surat punya banyaknya surat, sah gerenti rumah kosong, ini yang aku suka ni...
Shot terus ke tingkat rumah lelong yang kebetulan ada dua buah rumah lelong disitu. Rumah yang pertama berkunci dan terus ke unit ke dua yang kebetulan berhadapann unit lelong itu ada empat orang di luar rumah yang berborak-borak sambil memasang tiles. Asben bagi salam dan bertanya rumah yang yang opposite ini lelongkan ? Ya, diorang pun cakap nak beli ker, asben aku cakap, saja2 nak tengok. Since unit lelong itu berkunci, owner unit berhadapan offer boleh tengok rumah dia. Asben aku masuklah. Beria-ria wife dia ajak aku masuk, aku pun masuklah .. ok, nampaknya very nice dan ada balkoni lagi. Aku bertanya rental rate kat sini berapa. Dia cakap between RM400-550, fuyoh tinggi. Menurut kakak ni, api dan air ada lagi, asben dia bagitau mana-mana unit kosong maintenance tidak di kenakan sebab apartment ini di bawah penyelenggaraan persatuan penduduk, walaupun unit itu adalah lelong. Tak pernah pulak aku dengar ini. Kalau macam ini baguslah.. Kakak tu beria2 suruh aku beli sebab boleh berjiran dengan dia.. alamak dia ingat aku dah duduk sini ker .. Lagi satu persatuan mensyaratkan tuan rumah tidak boleh menyewakan rumah kepada bangsa asing. Kakak tu bagi tahu dulu dia beli rumah dia dengan harga 89K.. mahal jugak ..
Since RP yang murah dan rental yg bagus, aku 90% confirm bid unit ini selepas aku siapkan siasatan outstanding unit ini .... pergi bidding lagi .. yeehaah
Dari Klang aku ke cheras ke rumah shop apartment jumpa tennant bagi tau yang kena bersiap-siap cari rumah lain. Sebelum naik aku check peti surat dan tengok ada bil letrik dan nampaknya dia bayar bil promptly takde langsung tunggakan. Aku dan asben masuk dalam rumah yang kelakarnya dia bagitau dia akan bid di PAH unit di Balakong pada 31st March. Mahal jugak RP dia 83K sedangkan block yang berlainan floor yang sama di lelong pada RM61K sebab aku dah survey rumah ini dahulu. Aku dan asben buat diam ajer, janji dia keluar cepat dari rumah aku. Dia cakap kalau loan dah disburse dia akan bayarkan sewa pada aku....nahaslah dia kalau dia tipu aku..
No comments:
Post a Comment