Sunday, March 7, 2010

Survey Rumah dan Ziarah di IJN

Pagi semalam aku buat medical checkup untuk GMRTA di sebabkan pihak insurance tak berpuashati dengan medical declaration aku. Dia orang concerned pasal operation ENT yang aku buat 8 tahun yang lepas, actually operation minor ajer dan so far insurance company sebelum ini tak ambil kisah pun. Result dia OK dan BP aku pun cantik 130/80.

Di sebelah petangnya aku dan asben ke BTHO survey rumah yang akan di lelong pada 13/3. Kebiasaanya aku akan checkkan post box sebab kalau tak berkunci, boleh tengok kot-kot ada bil-bil yang boleh kita tengok outstanding bil. Disebabkan berkunci aku pun tengok notice board dan catatkan nombor telefon JMB. Kat situ juga ada nama-nama ketua blok, nombor rumah dan telefon. Terkejut badak aku di buatnya sebab ketua blok tersebut ada pemilik rumah yang akan di lelong hujung minggu depan. Heran jugak aku rumah ketua blok nak kena lelong.. Aku pun catatkan nombor telefon dia. Aku dan asben pun terus kerumah tersebut dan nampaknya ada orang mendiami rumah tersebut. Asben aku pun bagi salam beberapa kali dan tapi takde orang yang menjawab.. kira standardlah kalau macam ni. Lepas lima minit ada budak yang datang dan tanya kenapa, asben aku pun bertanya ni rumah awak ker ? budak tu cakap yea, tapi mak dan ayah takda di rumah.. Aku cakap pada asben aku call terus owner rumah tu untuk dapakan kepastian. Masa aku call, budak tu masuk rumah, tiba-tiba mak dia jenguk-jenguk keluar .. Hmmm rupanya ada mak dia dalam rumah.. Since owner tu jawab asben aku punya call, asben aku terus beritahu rumah ini akan di lelong minggu depan, owner tu jawab saya dah jumpa bank suruh cancel, nanti bank akan cancelkan.. hmm sampai rumah dah nak di lelong baru nak settle.

Lepas tu aku shot ker balakong pula, aku ingatkan ia adalah rumah apartment tapi hampa ia adalah shop apartment. Alang-alang aku ke sana aku pun ke unit tersebut, masih ada orang duduk rumah tersebut. Ini pentingnya buat onsite survey mengelakkan sesalan di kemudian hari ...

Lepas tu aku ke unit apartment di Kajang, aku memamg familiar kawasan ini sebabnya aku ada rumah flat di kawasan tersebut. Tak banyak soal pak guard sebab aku mengatakan aku nak survey rumah sewa.. Kawasan apartment ni bersih dan looks very cool.. wah.. wah .. sebabnya di atas bukit.. Aku tengok dalam post box banyak surat dan sah rumah ni kosong. Terus shot ke unit tersebut dan memang betul unit ini kosong dan aku tak dapat masuk sebab berkunci. Dari my observation unit ini belum pernah di duduki.. cantiklah ni .. aku 99% confimed bid rumah ni ...

Lepas tu aku ke rumah sewa aku sebab orang sewa tu call suruh aku tolong checkkan notebook dia. Aku sampai rumah tu nampaknya dalam rumah tu kemas dan bersih, lengkap segala-galanya. Aku dapati notebook operating system tak genuine dan masa boot up banyak error message. Hukum reformatlah nampaknya. Masa aku checkkan notebook tersebut kakak aku call bagi tau saudara aku tenat di ICU IJN. Aku pun terus ke IJN sampai di sana aku oku lepak di lobby sambil baca surat khabar dan asben aku dok layan dengan kerusi urut. Aku tunggu almost 1/2 jam baru kakak aku sampai dan terus ke ICU di tingkat 1. Memang tahap kritikal saudara aku ni, menurut anaknya peluang hanyalah 20%. Di sebabkan blood circulation tak baik kakinya sudah mereput dan tahap kena potong. Tapi di sebabkan jantungnya lemah dan di support oleh ventilator doktor tidak dapat memotong kakinya. Anak sulongnya berkata dia redha jika di takdirkan ibunya pergi.

Pengajaran pada aku ialah jaga kesihatan dengan baik, banyakkan senaman dan kawal nafsu makan. Kadangkala bila bab makan-makan ni kita jadi gila dan tidak endahkan pantang-larang. Kesedaran senaman ini dah ada sekali seminggu aku sekali pergi main badminton, ala-ala family day gitu ...

Layanlah gambar-gambar yang aku sempat shot semalam semasa survey rumah lelong ...






No comments:

Post a Comment