Dua tiga hari ini aku tak berapa sihat, kepala pun sakit sikit. Semalam aku gagahkan jua pergi kerja sebab pada paginya aku ada appoitment dengan lawyer pasal rumah lelong shah alam. Almost sejam aku di sana sebab tunggu diorang fill inkan form sebab majikan asben aku kena sign. Lepas dapat form tu aku ke tempat kerja asben aku di Sungai Way passkan form tu sebab hari isnin aku kena pulangkan balik. EON bank dah buat refund balik bayaran cukai pintu dan maintenance yang aku bayarkan. Oklah sebab cepat juga diorang refund, menurut lawyer inilah kes yang paling tercepat bankers buat refund, compared sebelum ini banyak kes ambil masa 6 bulan ke setahun.
So far lawyer ini boleh dikatakan cekap sebab diorang selalu buat follow up dan selalu update aku progres. Walaupun firm ini kecil hanya ada tiga staff termasuk lawyer tapi diorang memamg expert handle kes rumah lelong.
Malam semalam lepas dinner aku ke AMBANK bayarkan duit valuation pada valuer dan bayar Housing loan rumah kajang. Aku pun dah bank in cheque reimbursement ke asben account.
Hari ini aku plan nak ke rumah shop apartment di Cheras untuk jumpa tenant nak bagi tau pada dia yang dia kena keluar hujung bulan 4 ni. Okaylah aku bermurah hati bagi dia duduk FOC selama 3 bulan. Last time masa aku jumpa dia, orangnya okaylah, berbincang baik dengan asben aku dan faham yang rumah tu aku dah beli.
Hari ini aku baru terjumpa ada 4 unit yang bagus akan di lelong pada masa terdekat ini. Nampaknya ia sedikit terkeluar dari area yang aku familiar. Dari market value aku dapati difference dari market value dan RP adalah tinggi. Mengikut carian di internet rental rate pun bagus boleh dapat + CF.Hehehe, kebah demam aku sekejap .. Aku highlight pada asben aku so dia kata bolehlah buat onsite visit petang ini. Ni yang seronok ni, yealah almost 10 auction yang aku pergi lepas menang di JTR tak menang2. Bila aku masuk bilik auction ada saja bidder yang kena lawan. Walau bagaimanapun aku kena faham bahawa perception orang terhadap rumah auction ni dah berbeza. Jika dahulu orang anggap beli rumah lelong ini seperti menolong orang settlekan masalah orang dan sebaliknya menyusahkan kita. Sekarang ini rumah lelonglah pilihan ramai sebab harga jualan lebih rendah dari market value dan bank pun takda masalah beri loan. Nasihat aku murah2 juga tapi mesti betul2 ada duit baru beli rumah lelong sebab kena bersedia unexpected expenses yang tak dijangka.. So, kalau budget ciput dan ada perasaan takut2, aku syorkan baiklah beli rumah secara subsale, tak pening2 kepala. Rumah subsale pun kadang2 boleh dapat pada harga lelong macam rumah teres yang aku beli di Cheras, cuma berharga RM95K.
No comments:
Post a Comment