Sepatutnya hari ini aku turun ke Lelongan RHB, tapi di sebabkan unit called off dan ada reason yang lain aku tak jadi bid. Aku tengok banyak betul unit called last minutes. So tak kisahlah, banyak lagi unit yang menarik di lelongan yang akan datang. Walau bagaimana pun aku Akan ke lelongan maybank untuk membida unit di kajang..
Hari rabu lepas aku dah buat permohonan ASB OD, aku salah baca circular ingatkan blr -2.0 tapi -2.25%, since ini adalah staff rate jadi aku sapu ajer... pada aku yang mana staff benefit yang bagus why not gunakanlah peluang ini. Aku pun naik heran jugak ada kawan-kawan aku yang tak nak gunakan staff benefit. Pelik juga di buatnya.Harap-harap permohonan aku ini dapat disegerakan...Alliance bank dah disburse progressive payment ke developer.Syukur Alhamdullilah..
Hari ini aku ke MATTA Fair untuk percutian family aku. Sesak giler betul sampaikan nak jalan pun susah. Yealah kalau ada duit sikit why not kalau kita spend untuk diri kita dan keluarga. Aku tengok ada orang sanggup berhabis duit berhias kereta, rumah, beli baju dan handphone mahal-mahal tapi bila nak buat family outing cakap takde duit. Di Matta fair aku beli hotel package di JB dan PD. Untuk JB aku bercadang nak ke Singapore tapi bermalam di JB. Since anak-anak aku pun dah ada international pasport so senanglah sikit nak kesana. Saja nak bagi diorang makan angin over the sea sebab all this while kitaorang makan angin dalam negeri aje. Di PD aku pilih Avillion sebab banyak kawan-kawan bagi tau yang hotel ini bersih dan facilities yang bagus ..
Untuk esok aku nak kemana rasanya lagipun asben aku ada satu paper for his mid term exam. Harap-harap dia akan mendapat result yang bagus kali ini. Aku memamg tabik betul asben aku sebab tengok dia study dan buat assignment memamg 100% concerntrate. Sebab itulah pasal urusan jual beli ni aku yang buat follow up sebab tak nak kacau study dia.... Isteri mithali katakan .. takde orang nak puji aku .. jadi aku pujilah diri sendiri .. hehehe
No comments:
Post a Comment