Har ini aku ambil 1/2 day off sebab nak bid unit apartment di Kajang. Tiba2 lebih kurang pukul 1:30noon hujan turun, alamak macam mana nak pergi ni. Dahlah aku lupa bawak selipar nasib baik olleagues aku ada selipar jadi aku pinjamlah dari dia. Pada masa tu lebih kurang 2:20pm macam tu aku keluar opis dgn tergesa dengan baju hujan ala2 digi man terus ke Amcorp Mall dan terus ke Leong Auctioneer office. Baru aku perasan yang auction di lakukan di NCM, Jln Yap Kwan Seng. hmmm tulah bila kelam kabut macam ni jadinya. Masa tu dah 2:5Opm, dalam hati aku berkata, kalau sempat, sempatlah kalau tak, anggap aje takde rezeki. Dalam perjalanan jalan punyalah jammed nak mencelah pun susah tambah2 lagi jalan pun licin. Nasib baik aku sampai di NCM pada 3:20pm, nasib baik registration masih di buka.
Masa aku isi bidding form ada agen lelaki cina menyapa aku " kak, selalu jumpa you pada hari auction " aku cakap " yea ke" takdelah " malas anku nak layan. Aku tengok ramai betul orang dalam bilik bidding. Masa aku tunggu sesi lelongan oleh Leong Auctioneer ada seorang lelaki cina berkata " you bid unit ini kan " sampai menunjukkan pamplet, aku pun heran macam mana pulak dia tahu ni.. aku rasa the 1st guys yang bagi tau sebab dia curi tengok masa aku filled in registration form.. Aku buat dunno sajer. The chinese guys tu nak compensate aku tiga ratus dan suruh aku tarik diri, aku cakap kita fightlah, I pun beli untuk myself bukan untuk orang, dia upkan lagi ke RM500, aku cakap kita fight ajer, at last dia cakap punya budget dia tinggiRM90K dan cakap kat aku outstanding untuk unit tersebut almost RM10K. Aku cakap pada dia " are sure the OS is that amount, I already checked everythinglah about the OS dan aku pun dah checkkan MV unit tersebut. Macamlah aku ni bodoh sangat, at last dia cakap pada aku " you mau berapa ? aku cakap saya mahu RM1K tapi aku cakap pada dia there is not only me yang bid the unit . Dia cakap OK, I will kawtim the rest .
Dalam hati aku senang ajer katakan ada bidders yang angkat paddle lawan, aku mesti lawan punya sebab compensation tu hanya valid jika the chinese guys tu dapat unit tersebut pada RP.
Bila unit ini di panggil terdapat lima bidders termasuk aku, hmmm aku dah agak dah. Setiap kenaikan adalah RM2K, one of the lady chinese nak fight jugak dengan the chinese guys, so aku biarlah diorang fight dulu sebab nak tengok sejauh mana harga naik.. Bila harga naik ke RM62K oooh that my maximum price yg aku sanggup, so diorang fighting sampai harga last ialah RM69K. Mungkin yang berbudget tinggi okaylah lepas campur dengan OS lebih kurang RM8K, harga tu masih bawah market value lagi. To me tak sanggup ambil risiko sebab incase tak dapat settle 90 days dan bank tak nak extension, pengsan juga nak bayar cash ..
Aku meletakkan harapan yg tinggi untuk unit ini sebab termasuk hari ini unit ini telah dilelong sebanyak 6X. Pada mulanya aku ingat takde competitor. Unit apartment ini adalah Freehold, ada 24hrs security, camera dan swimming pool , tu yang aku suka tu .. tambah2 anak2 aku suka berendam dalam swimming pool ..
So far aku belun ada lagi unit2 yang menarik perhatian. Tak tahulah esok lusa kot2 ada... Dalam sedih tu aku dapat berita gembira tentang kes jualan rumah di cheras yang tertangguh almost 2yrs dah settle. Hari ini purchaser lawyer advised RHB buat 2nd disbursement. Alhamdulillah akhirnya settle juga .. so far masih ada 4 rumah yang aku beli secara lelong dan subsale still in progress. Dan lagi satu berita baik asben aku dapat straight A dalam semua assignmentnya...
No comments:
Post a Comment