Amat meminati bidang hartanah dan ingin menjadikan ia sebagai batu loncatan untuk memenuhi impian persaraan awal .. insyaallah
Monday, February 1, 2010
Masuk Bidding Lagi
Bersempena hari wilayah hari ini, aku duduk sorang2 di rumah, anak2 aku pergi sekolah dan asben aku kerja. Ingat pagi nie aku nak pergi MBSA nak check outstanding cukai pintu, nasib baik aku call MBSA samada aku boleh check thru phone tak. Nasib baik dan berita baiknya tunggakkan cuki pintu hanyalah RM389.55 sahaja.. walaupun aku boleh claim balik dengan bank tapi kalau OSnya tinggi bebenor susah jugak. Bank pu bab nak buat bayaran balik takes 6-12 months. OS maintenance hanyalah RM150 ajer.
Actually pada hari sabtu lepas aku dan asben pergi Shah Alam survey rumah yang akan di lelong pada this weekend. Kawasan ni memang aku dan asben very familiar sebab asben aku pernah tinggal di blok yang berdekatan rumah lelong ini. Bila sampai rumah ni aku ingat takde orang dalam rumah sebab keadaan rumah yang agak kotor. Grill berkunci tapi pintu kayu tak lock. Asben aku bagilah lah salam almost 5 minit jugaklah tapi takde orang buka. At last asben aku buka pintu kayu dan ternampak kelibat orang and at end keluarlah mamat bangla yang tak tahu berbahasa melayu dan english. Asben aku tanya sewa ker, dia cakap yea sewa , asben aku tanyer siapa bayar.. si mamat bangla ni cakap .. kilang PAKAI bayar ...ohh aku pun fahamlah.. asben aku memang tau lah kita nie. Aku tengok dalam rumah ni keadaan rumah boleh-bolehlah tapi wiring kena buat lagi sekalilah .. looks tak selamat wiring nya.
Bab penyewa kat sini no problem, sebab kawasan perindustrian dan berdekatan dengan UITM. Asben aku pernah sewa rumah 1 bilik dahulu dengan kadar RM400.
Lepas tu aku pergi ke rumah lelong yang aku menang pada bulan November, saja survey2 dah alang2 datang shah alam. Pasal kes rumah lelong ni dah tinggal final stage aku harap dapat close case pada bulan March ni.
Lepas ni aku nak pergi bank buat bankers cheque.. buat siap2 .. harap unit tak called off pada saat2 akhir ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment