Pada 10hb Feb yang lalu aku membuat keputusan di saat-saat akhir membida sebuah unit kondo. Pada pagi tersebut aku tergesa-gesa membuat bankers cheque dan berkejar ke Tancorp. Terkejut apabila aku melihat begitu ramai orang yang hadir. Aku pun masuk ke dewan lelongan yang sesak dan bertuah masih ada kerusi kosong yang kebetulan aku duduk berselebahan auctioneer lawyers. Apabila unit aku dipanggil ada 4 orang pembida yang akan bersaing di antara satu sama lain. Malang bagi aku kerana RP meningkat dari RM65K kepada RM74K, sudah tentunya aku kalah sebab aku sudah mengambil kira tunggakkan penyelengaraan dan cukai pintu yang berjumlah hampir RM3K.
Semalam bersempena cuti tahun baru cina aku dan asben merancang mahu membawa anak-anak ke Shah Alam wet world tapi agak malang kerana apabila sampai lebih kurang 12 tghari keadaan begitu sesak dan pengunjung beratur panjang dan keadaan di dalam taman air begitu sesak. Aku berkata kepada anak-anak ku kita batalkan niat dan menunda ke taman air ini keesokannya.
Aku dan asben bersepakat ke Port Klang untuk ke Pulau Ketam yang pernah aku pergi dengan asben 10 tahun yang lalu. Mengimbau pada 12 tahun yang lepas masa aku ke Pulau Ketam aku dan asben di sapa oleh beberapa pengusaha bilik bertanyakan adakah mahu menyewa bilik. Kami berdua menjawab tidak, kami berdua hanya mahu berjalan-jalan di Pulau Ketam bukan mahu menginap di sini. Taukeh itu berkata " you boleh sewa kira jam punya ". Kami berdua menjawab " tak mahu " sampai penat menjawab beberapa pertanyaan taukeh-taukeh rumah penginapan. Pada masa itu kami berdua tidaklah tahu rupa-rupanya selalunya orang islam menyewa bilik di Pulau Ketam untuk membuat maksiat. Syukur Alhamdulillah kami berdua tidak terdorong oleh syaitan melakukan maksiat. Itulah kelemahan umat islam sendiri sehinggakan orang bukan islam sendiri melabelkan semua orang islam ke pulau ketam mempunyai niat melakukan maksiat.
Fast forward, Anak-anak aku begitu teruja menaiki bot yang mana ia bot yang terbuka dan merasai deruman ombak, kapal-kapal dagang dan permukaan laut yang tenang dan indah. Pada aku biarlah anak2 kita lebih explore menikmati keindahan alam dan merasai sesuatu yang mereka suka dan pengalaman yang mereka yang ingat sepanjang hidup mereka. Sesampai di Pulau Ketam, keadaanya tidak banyak berubah seperti 12 tahun yang lalu, kami singgah di Balai Islam Pulau Ketam dan berbual dengan seorang remaja dan bertanya banyakkah orang melayu tinggal di sini ? Dia menjawab " tak banyak hanya petugas di balai polis dan pusat kesihatan sahaja orang melayu di sini.
Setelah berehat sementara di jeti Pulau Ketam kami sekeluarga menaiki bot laju ke Port Klang. Sesampai di jeti baru aku perasan hari tengah hujan dan syukur hanyalah renyai-renyai sahaja.
Dari Port Klang kami sekeluarga pulang ke KL dan anak-anak aku mendesak nak main layang0layang di kawasan lapang di BTHO. Aku dan asben pun layan ajerlah karenah mereka lagipun masa cuti-cuti beginilah masa yang dapat di luangkan bersama-sama mereka.
No comments:
Post a Comment