Wednesday, February 17, 2010

Bandar Armada Putra Port Klang

Pada hari Ahad lepas aku sempat ke Bandar Armada Putra Port Klang dengan keinginan mengetahui lokasi, persekitaran dan infrastruktur bandar ini yang agak asing bagi aku. Aku teruja di sebabkan banyak rumah di kawasan ini di lelong dengan harga yang terlalu murah. Bayangkan rumah apartment medium cost di lelong dengan harga sekitar RM20K. Manalah tahu kadang-kadang sesuatu tempat yang kurang di kenali akan tetapi mempunyai nilai yang bagus.





Berpandukan papan tanda jalan aku dan asben akhirnya sampai di Bandar Armada Putra. Bandar ini adalah terletak di atas sebuah pulau dan kedudukkan geografi yang landai. Bandar ini agak sunyi dan banyak deretan kedai yang kelihatan usang, kosong dan kotor. Walaupun terdapat sekolah di bandar ini tapi nampaknya ia tidak dapat menarik orang ramai untuk tinggal di sini. Tapi pada pendapat aku jika membeli rumah di sini untuk tempat tinggal tiada masalah kerana ia sesuai dengan suasana yang aman dan aman. Jika untuk tujuan pelaburan haruslah di elakkan.

Terdapat juga Segi training centre di bawah shop apartment tapi dari pengamatan aku ia hanyalah training centre yang bersaiz kecil. Boleh di katakan hanya 5% sahaja kedai-kedai di bandar ini beroperasi. Kontena-kontena bersepah di tepi jalan, aku tidak dapat pastikan samada ia di letakkan secara haram atau pun tidak.

Pendekata pada masa ini terdekat ini aku tidak berminat untuk membeli hartanah di bandar ini walaupun harganya serendah mana pun. Pada aku jika aku mahu membeli hartanah-hartanah samada secara sub-sale ataupun lelong aku melakukan onsite visit dan internet research. Ini akan meminimunkan risiko dengan pelaburan yang kita lakukan. Dalam dunia ini apa pekerjaan yang kita lakukan ada risikonya tapi wajib untuk kita berwaspada. Arios..... layanlah gambar yang aku sempat aku ambil semasa melakukan onsite visit di Bandar Armada Putra ....



4 comments:

  1. BETUL2...SETUJU SGT...

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni tak tahulah pula macam mana ...

    ReplyDelete
  3. aku stay kt sana, kt apartment ujung skali. mmg x best la. xde apa pun kt sana. kedai runcit mahal, kedai makan x sedap. mlm2 gelap giler..pastu jalan nk ke sana plak sibuk dgn lori bwk kontena. klu nk tarik org ddk kt sana, kerajaan kena buat jalan khas utk penduduk. so that diorg x kena share dgn lori kontena yg laju2 tu..

    ReplyDelete
  4. kena ada pemantauan tyu dari gomen ni.

    since dah nak PRU ni, penduduk di situ bolehlah jumpa YB kawasan untuk ambil tindakan ..

    ReplyDelete