Minggu ini aku turun ke lelongan hartanah Maybank di Tancorp membida sebuah unit condo di Cheras Makhota. Seperti yang aku nyatakan terdahulu di entry sebelum ini segala tunggakan aku sudah dapatkan dari pihak yang berkenaan. Di sebabkan outstanding yang almost 10K sedangkan RP unit tersebut adalah RM51K aku mengambil keputusan untuk membida unit tersebut hanya RM65K sahaja, malangnya ada pembida lain mempunyai budget yang lebih tinggi dan aku kalah pada perempuan cina. Actually terdapat 5 pembida termasuk aku, sengit jugaklah kan. Pada aku kalau nak beli rumah untuk pelaburan adalah perlu kita mengkaji dari segi market and rental value.
Pada hari lelongan tersebut aku berkenalan dengan seorang agen perempuan melayu yang aku pernah hubungi 2-3 bulan yang lalu. At least tak boring sangatlah di bilik lelongan dapat juga berborak-borak dengan beliau. Beliah datang untuk membida sebuah unit shop apartment yang berada di Australia.. Beliau mendapat unit tersebut dengan harga reverse. Kawasan PJ aku tak berapa familiar sangat dan nampaknya aku kena explore tempat-tempat ini di masa hadapan.
Sebelum balik aku berborak-borak dengan agen tersebut, banyak juga kami bualkan mengenai hartanah lelongan. At least aku dapat menambah pengetahuan mengenai selok-belok hartanh lelong ini.
Pada tengaharinya aku lunch bersama Siti di ARABESCO di Avenue 1. Siti adalah seorang lawyer di sebuah legal yang akan terkemuka di KL. Legal firm beliau telah menguruskan pembelian 2 buah rumah aku sebelum ini. Banyak juga yang aku borakan bersama-sama.
No comments:
Post a Comment