Sepatutnya semalam aku akan membida satu unit di lelongan CIMB, full survey dah di buat dan at last unit called off. Di sebelah pagi aku duduk di rumah, ,macam biasalah mengemas dan menyapu. Asben aku pula lepas minum pagi pergi buat checkup untuk renewal lesen GDL, dalam pukul 12 tenghari RHB personal bankers call nak datang rumah bawakan loan letter of offer, aku pun cakap pada dia yang asben aku balik dalam 1noon. Dia akan ok, dia akan datang dalam 1 noon. Tak pernah pulak bankers siap datang rumah bawakan letter of offer. Luckily asben aku balik rumah sebelum dia datang.
Personal bankers pun explainkanlah term and conditions, looks okay to me. My asben pun signed kan letter of offer. So kitaorang borak2lah pasal loan dan tanya boleh ker husband aku buat loan lagi dengan RHB, sajalah kot2 boleh masuk loan lagi.
Selepas lunch aku dan asben pergi ke sungai long buat survey rumah yang akan di lelong pada 10 Dec. Bila sampai di guard house asben aku kena register dan kitaorang pun pergi unit tersebut, nampak dari luar rumah rumah ini tidak berpenghuni. Esok aku akan checkkan dengan JMC outstanding maintenance payment. Walaupun rumah ini rental terlalu low tapi aku dah ada planning yang aku nak cuba.
Lepas survey aku dan asben shoot ke Shah Alam pergi rumah adik asben aku. Saja ziarah dah lama tak pergi rumah dia. Aku tanya asben adik ipar aku masih jadi salesman kereta ker, dia jawab tak sekarang ni belajar buat Forex. Wow .. aku tanya dalam satu hari dapat untung ker, dia cakap sekarang ini dia tengah study market dan belum lagi trade besar2. Pada pendapat aku trade Forex ini terlalu tinggi risiko, boleh cepat jadi kaya dan sebaliknya. Setiap orang ada cara tersendiri untuk mencari rezeki termasuklah aku yang buat pelaburan hartanah.
Almost pukul 8pm aku sampai balik rumah dan terus bersiap2 pula ke Bukit Cheras sebab adik aku nak belanja makan western food. Ramai betul orang, maklumlah awal bulan lagikan. Makan sampai tak larat nak bangun, puhh memamg berbaloi-baloilah ...
No comments:
Post a Comment