Keistimewaan membeli rumah lelong ini adalah kerana harga rumah yang perolehi adalah lebih murah dari harga pasaran. Pembelian rumah lelong bukanlah satu urusan yang mudah kerana banyak perkara yang perlu di ambil kira. Jangan pula bersusah payah mendapatkan rumah lelong dan akhirnya rumah yang diperolehi menyamai harga pasaran atau lebih buruk lagi over market value.
Jika anda berhajat membeli rumah lelong ada semestinya membuat "Homework" yang biasa saya lakukan
1. Faham terma syarat lelongan. Setiap bank mempunyai terma syarat yang berlainan.
2. Modal yang cukup
3. Membuat lawatan rumah lelong tersebut, keadaan rumah, samada berpenghuni atau kosong. Elakkaan membeli rumah jika didiami oleh tuan rumah kerana perkara yang agak sukar menyuruh tuan rumah keluar. Elakkan juga tuan rumah dalam keadaan yang daif seperti orang uzur, sakit dan ibu tunggal yang kematian suami yang mana tidak dilindungi MRTA. Ada orang bependapat jika kita tak beli ada orang yang beli.. orang lain itu bukanlah anda yea.
4. Membuat pertanyaan mengenai tunggakan penyelenggaran, cukai pintu, cukai tanah, letrik dan air. Walaupun ada bank yang menanggung kos tunggakan penyelenggaran, cukai pintu, cukai tanah seharusnya anda ingat bahawa anda kena membayar dahulu dan membuat tuntutan balik. Bayaran balik dari bank banyak mengambil masa diantara 6- 12 months. Bank tidak menanggung bil tertunggak seperti air, iwk dan letrik.
5. Membuat estimation cost baik pulih seperti wiring, lampu, kipas dan mengecat. Jika perlulah
Sesudah anda membuat homework tersebut dan nekad hendak mencuba nasib maka anda perlu membuat bankers cheque mengikut % yang di tetapkan oleh bank. CIMB Bank mengenakan charge yang paling murah daripada bank-bank yang lain.
Apabila hari lelongan tiba anda seharusnya menghadirkan diri 1/2 jam bermula. Anda mesti mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran dan menyerahkan kad pengenalan dan bankers cheque dan juga mengisi borang bidding. Selesai anda mengisi borang tersebut anda akan diberikan paddle yang mempunyai nombor. Dari pengalaman saya setakat ini hindari daripada bercerita mengenai unit yang hendak di bid kerana terlalu banyak ulat-ulat auction yang cuba meminta wang daripada anda. Tak tahulah jika anda pula yang bertukar menjadi ulat dengan meminta compensation dari pihak lain.
Katakan anda bertuah pada hari tersebut dan mendapat unit tersebut, datang balik ke kaunter pendaftaran untuk mendatangani penerimaan kontrak dan jika rumah yang dimenangi melebihi RP maka anda perlu top up deposit mengikut % yang di tetapan oleh bank dan yuran stamping sebanyak RM50.
Selalunya POS yang siap dengan stamping boleh diambil selepas 2-3 hari berkerja. Setelah anda mendapat POS maka bolehlah anda membawa POS ke bank untuk memohon pinjaman. Saya nasihatkan anda memohon pinjaman lebih dari satu kalau 5-6 bank pun tidak mengapa. Anda harus ingat bahawa rumah lelong hanya di berikan masa samada 90hari atau 120 hari untuk diselesaikan ..
Okaylah setakat ini sahaja dan jika anda ingin berkongsi pengalaman anda yang terburuk, yang termanis atau ingin berkongsi teknik membeli rumah lelong yang lebih baik silalah berikan komen anda di sini ..
No comments:
Post a Comment