Minggu lepas kerja di opis tidaklah sibuk sangat, jadi aku dapat mencuri masa membuat beberapa panggilan ke pemaju, majlis bandaran, TNB dan JMB utuk mengetahui tunggakan unit yang aku senarai pendek. Semasa aku membuat semakan tunggakkan cukai pintu di salah sebuah PBT aku di tanya oleh pegawai yang bertugas adakah aku dari pejabat lawyer. Aku menjawab, tidak, tujuan membuat semakan ini adalah untuk siasatan sebelum aku membida unit hartanah tersebut. Pegawai tersebt memberitahu ada banyak kes dimana pembeli rumah lelong yang datang PBT membuat bising apabila rumah tersebut di sita dan tidak mahu menanggung tunggakan tersebut. Dengan selamba aku memberitahu pada pegawai tersebut jika terdapat kes sebegini suruh pembeli rumah lelong tersebut membaca POS lelong tersebut.. Ini adalah kes dimana bank pelelong tidak menanngung sebarang tunggakan. Aku berpendapat kes sebegini kerana terlalukan agen-agen hartanah lelong yang akhirnya menyusahkan pembeli rumah lelong di kemudian hari. Dari carian aku di internt aku mendapat salah satu unit yang aku senaraikan pendek itu mempunyai masalah yang mana pemaju telah bankcrupt. Ini yang aku kena pastikan samada pindah milik boleh di lakukan atau tidak. Aku akan dapatkan nasihat peguam jika mahu meneruskan bidaan. Aku telah ke unit tersebut walaupun semua tingkap dah tiada tapi unit ini terletak di tingkat 1 dan amat sesuai jika di jadikan office atau pusat tuisyen. Jika ada rezeki pada unit ini adalah.
Walaupun Aku di tahap "baby" lagi di dalam hartanah lelong ini, aku banyak melakukan research di internet, rakan-rakan bagi mengelakkan masalah di belakang hari.
Nampaknya office mate aku telah mula mempunyai minat hartanah lelong, nasihat aku pada mereka adalah meenyiasat rumah tersebut tentang keadaan, semua tunggakan-tunggakan tersebut dan semestinya mempunyai modal yang mencukupi. Walaupun hartanah lelong ini murah dari harga pasaran tapi harus di ingat yang semua tunggakan haruslah di bayar dahulu dan kadangkala ia sesen pun tidak di tanggung oleh pihak bank pelelong. So kena faham COS clause betul-betul yea.
Hari rabu ini aku akan turun ke Tancorp untuk membida 2 unit hartanah, aku telah menetapkan jika aku berjaya memenangi unit di sesi pagi maka aku tidak akan membida unit di sebelah petang. Aku membuat perancangan untuk menjadikan unit tersebut sebagai homestay kerana dari pengamatan aku unit ini terletak di kawasan yang mempunyai IPTA dan IPTS dan semestinya targetted tennants adalah saudara-mara pelajar IPTA-IPTS. Berdasarkan carian internet aku mendapatai ada pertanyaan mengenai homestay di kawasan ini... perancangan penting dan cita-cita adalah kemestian ... harapan
No comments:
Post a Comment