Thursday, January 27, 2011

Surat dr HR & Balik Kampung

Hari Isnin adalah hari yang mengembirakan aku bila aku baca surat increment dan Technical Allowance tapi ada juga colleagues2 yang tak puashati sebab takde increment dan just dapat Technical allowance. Dalam unit aku hanya ada tiga orang termasuk aku yang dapat TA dan Increment. Agaknya aku ni under paid kot tu yang dapat increment kot.. he2. TA monthly allowance di berikan ikut rank dari exec ke SM. Syukran2 dengan rezeki yang di berikan

Minggu depan sekolah off for the whole week, adik beradik aku akan berkumpul di kampung. Adalah plan nak pergi berkelah, makan2 dan jalan2.. Insyaallah lepas kerja pd 2nd Feb akan berkonvoi balik ke kampung...

Ni gambar2 Sungai Perak yg di ambil masa balik cuti krismas..





Bila tengok sungai ni banyak betul kenangan2 zaman kecil dahulu. Dulu sungai ini ada motobot tambang untuk ke kampung sebelah, bila dah adanya jambatan motobot tambang pun tak beroperasi.Persekitaran sungai pun di jaga, air nyer yang bersih, ikan pun banyak, kalau memancing gerenti dapat ikan. Kalau air sungai kering ada pantai dan boleh main bola lg, cari kechen aka etok, menangguk ikan.. mmg besh lah. Sekarang ni semuanya tak berjaga, air sungai pun dah jadi warna teh susu, ikan pun terlalu kurang..

No comments:

Post a Comment