Loan potential buyer rumah di klang tak lulus sebab over commitment. Aku decided iklankan balik di Mudah at the same time aku menyewakan dgn rate rm550 pada seorang financial management consultant.. Hari selasa aku serah kunci dan pada malam rabu ada couple intend nak beli. Since ada kawan dia tinggal sama blok dgn unit aku tak susahlah aku explainkan unit rumah aku. Akupun interview sikit pasal current commitment. katanya dia hanya ada loan asb sahaja dan monthly payment ciput ajer. Kalau betul info yg di berikan mmg takde masalah langsung untuk dapatkan loan. Masalahnya sekarang couple ni nak masuk untuk tengok keadaan dalam rumah. Masalahnya ialah aku segan nak bagi tau pada penyewa baru yang ada orang nak survey rumah.. Aku tanya couple tu samada kalau unit ini di beli untuk diduduki atau untuk di sewakan. Couple ni pulak tak decide lagi. Jikalau couple ni sewakan rumah ni still ada +CF RM100 selepas di tolak maintenance fees.. nampaknya aku kena suruh asben aku slow talk dgn penyewa baru ni ..
Ada potential buyer nak beli rumah di Shah Alam, aku dah bagitau pada penyewa rumah yg esok ada orang nak masuk tengok rumah, so far response yang di berikan oleh penyewa OK .. takde masalah. Previously aku decided nak kept rumah yang bagi +CF pada aku, since aku kena dapatkan cash untuk plan yang seterusnya .. sayang tu mmg sayang tapi nak buat macam mana kan .. tak nak gunakan duit yang aku reservekan ..[ walaupun sekarang ni tak perlu simpan duit banyak2 sebab nilai dah susut but we still need a cash in hand kan ] ..
Landed property di Cheras aku hold dulu sampai TA dgn kilang stokin expire. Sekarang ni dah tak dapat rumah below RM100K di Cheras... Apartment di Cheras pun aku hold dulu since penyewa aku bagitahu yg dia tak suka kalau ada2 orang datang survey rumah... he2 .. yealah aku jadi penyewa pun geram jugak selalu orang ketuk pintu nak tengok rumah ...[ or letakkan tawaran istimewa, kalau setiap kali ada orang datang survey rumah , penyewa dapat discount sewa rumah RM10 or RM20 ker ...kalau nampak macam ni gerenti dia suka, sapa tak nak discount kan :p ] juz suggestion tapi boleh di cuba..
Ada a fews unit di Mentari Court akan di lelong dalam masa terdekat ini, RP pun bagus jugaklah but min RM100K, penyewa takde masalah tapi untuk flipping aku agak takut2 sikit ... sbb MV around RM120-130K ..for long term bagus, kalau short term ..hmmm susah mau cakap
Sekarang ini sapa2 yang berduit mmg2 boleh buat duit lagi sbbnya competition di bilik auction tak berapa sengit selepas 70% LTV for 3rd house implemented by BNM ..
No comments:
Post a Comment