Aku terjumpa entry forum ini di bicarajutawan apabila taip " masalah rumah lelong " di google search. Selalu yang kita dengar masalah paling teruk ialah owner tidak mahu keluar dari rumah setelah ownership transfer completed dan juga owner yang meletakkan caveat bagi menyekat proses pindah milik (rumah yg ada strata tittle]. Kalau setakat ex-owner menjahanamkan rumah sebelum pindah keluar kira kes standardlah ..
Apa yang harus kita lakukan jika perkara yang di alami oleh "MRZALI " ini. Ownership transfer dah completed, nama dah masuk geran. Waris owner melantik lawyer mencabar perintah lelong dan akhirnya hakim membuat keputusan yang memihak kepada waris owner.
Takut pun ada, yealah, selalunya kita juz check tengok samada rumah berpenghuni atau tidak, sapa yg tinggal, check cukai pintu,cukai tanah (landed property), tunggakan maintenance, bil api/air/ iwk, ada caveat ker atau tidak. Nampaknya walaupun kita dah menang rumah lelong dan all the legal process completed, kita masih tak boleh tidur lena lg. Nampaknya kesedaran rakyat malaysia mengenai hak2 mereka dah tinggi [hehe2] di mana dah berani menggunakan saluran undang2 untuk mempertahankan mereka walaupun dah tahu yang dorang tak reti2 bayar hutang [tak nak bayar hutang tapi ada duit bayar lawyer].
silap bank ni.. procedure tak ikut mcm yg ada dlm kanun tanah negara. mmg owner boleh cabar kat mahkamah. apa yg pembeli ni buat dah betul.. saman pulak la bank tu kerana menyebabkan kita kerugian. tp saman menyaman ni semua makan masa dan wang la.. peguam jugak yg dpt projek.. hehehehe
ReplyDeletebetul tu eun-yong, kalau saman gerenti boleh menang no problem. Kl kalah, duit habis, hati sakit, penat naik-turun court...
ReplyDelete