Seperti biasa setiap awal bulan aku akan melakukan pembayaran duit jagaan nursery anak2 aku. Untuk tahun 2011, pihak transit mengenakan yuran pendaftaran RM20 bagi setiap anak yang di hantar. Semasa aku membuat pembayaran, ada parents datang bertanyakan pasal nak hantar anak ke tempat asuhan ini. Aku pun belek2lah fail2 di atas meja, aku terpandang satu fail yg lebih kurang tertera " tunggakan bayaran ", aku pun yg agak bz body ni pun, membuka fail tersebut. Terkejut badak apabila aku tengok yang jumlah keseluruhan os ialah around RM8K .. semua details ada tertulis di dalam fail ini. staff nursery pun datang balik kat aku selepas selesai attend parent tadi. Aku pun bertanya pada staff nursery " banyaknya OS yg parent tak bayar ". Menurut staff nursery ada parents yg tak bayar dari bulan Jun - Dec 2010. Aku pun tanya balik, tak suruh dorang bayar ker ? dan anak2 dorang masih datang sini ker ? staff ini pun menjawab " bila tanya parent dorang jawab nnt saya bayarlah but dgn tak malunya masih hantar anak seperti biasa ke nursery ". Perception aku selama ini bisnes nursery ni senang ajer .. every month parents akan prompt bayar ..
Ada juga parent yang macam ini, kalau tak nak bayar tak payahlah hantar anak ke nursery. Berhenti kerja dan jaga anak sendiri. Tak faham aku di buatnya kalau setakat bil api, air, astro tertunggak tu kira boleh terima lagi, inikan bayaran jagaan anak2 !! apa yang sedihnya semua parents adalah orang Islam tapi macam mana dorang ambil ringan tentang hal2 ini..
Yuran nursery ni murah sangat, anak2 aku belajar dua sesi ( KAFA dan Sek Ren ) bayaran yg di kenakan hanyalah RM90 sebulan bagi seorang anak. Eventhough anak sulung aku darjah 6, aku opt anak aku duduk di nursery, lagipun aku tak perlu nak risau pasal makan tengahari [ tak payahlah aku nak sibuk2 masak pagi2 :p], tak perlu risau kalau dia merayap2 kemana2 dan yg penting keselamatannya.
No comments:
Post a Comment