Saturday, January 2, 2010

Aktiviti Tahun Baru

Dah masuk tahun 2010 dan umur aku pun tua setahun..tahun 2009 baru aku mula buat research sikit padal property investment. last year aku dapat beli sebidang tanah dan beberapa unit rumah, syukur alhamdulillah. aku masih lagi belajar selok belok hartanah ni dan banyak masa di habiskan di depan komputer dan buat survey rumah2. Aku pun dah lunaskan loan kereta dan pada 6th Jan aku akan langsaikan pula loan rumah yg aku duduk sekarang ni. Walaupun aku boleh refinance paling rendah pun dalam RM170k rumah aku ni untuk dapatkan extra duit tapi aku tak nak buat sebab rumah ni dah jadi aset aku tanpa hutang...

Aku berharap segala outstanding belian rumah tahun lepas dapat di selesaikan secepat mungkin. Aku berharap juga yang tahun 2010 dapat memberikan aku kekuatan dan semangat untuk lebih berusaha memajukan diri. Aku berharap jua segala halangan rintangan dapat aku tempuhi dan tidak melunturkan semangat aku. Jika orang lain boleh berjaya mengapa tidak aku.


Semalam aku buat BBQ di rumah dan jemput kakak aku dan anaknya BBQ di rumah aku. sajer aje sebab dah lama tak berkumpul, berborak dengan diorang. maklumlah kakak aku ni selalu ajer outstation dan anak2nya belajar di IPTA dan berasrama penuh.



Note : my son, my niece (bakal lawyer) dan roomate dia from Sri Lanka - Shabi


Hari ni aku dengan asben repair kereta kancil yg mana ada ada barang yang rosak ( ntah tak pandai aku menyebutnya) almost 4 ratus juga melayang. Kancil ni kenderaan utama jalan2 di KL, sebab mudah nak cilok dan parking. kalau kereta waja susah nak park dan cilok dan semestinya minyak kancil lebih jimat... hmmm .

Next week 4th Jan sekolah dah buka, asben aku yang cuti sebab anak bongsu aku tukar tadika ke smart reader. Asben aku yg excited benar nak hantar... rezeki pun ada , no problem hantar jelah .. pagi2 asben aku dah ke sekolah rendah dan agama belikan buku2 sekolah anak sulung aku.

on 5th aku cuti sebab nak pergi bidding dan pergi JPJ buat cancellation tuntutan bank pada kereta waja aku. Surat tu dah siap awal bulan 12 tahun lepas aku yang malas nak buat cancellation.

Esok tak tahulah apa plan untuk esok, ingat nak survey rumah lagi kalau tak aku nak berkebun belakang rumah aku.. tanam pokok cili, bendi dan terung.. senang nak hidup sekarang ni sebab musim hujan ...

No comments:

Post a Comment