Friday, January 8, 2010

Penara Unit Called Off

Dapat call dari Nikki beritahu yg Sri Penara yg aku nak bid esok last minutes called off. Tak palah seku angnya ada usaha dari pemilik tersebut amir hamzah menyelamatkan rumah ini terlelong. Pada saya berminat dengan hartanah lelong pun agak pelik mengapa mereka2 ini membiarkan rumah di lelong walhal sewa rumah dan market value itu dah almost satu kali ganda vs repayment. Pada pendapat aku rasanya mungkin money management mereka yang kurang bijak atau mungkin pakai dulu esok bayar. At the end berbulan2 tertunggak lepas tu pasrah rumah terlelong macam itu sahaja.

Aku tak lah tersangat kecewa sbb chances aku nak menang sangat tipis sebab budget aku ciput aje iaitu not more than 65K.

Baru tadi aku survey rumah yang aku akan bid esok. Keadaan sekeliling kawasan rumah tersebut bersih, covered parking, siap ada kolam renang lagi, tahap kebersihan dan sekuriti yang bagus. Insyallah kalau ada rezeki adalah yea. Aku takan bid terlampau tinggi sebab rental kawasan ini tak berapa tinggi tapi selepas di buat pengiraan still ada +VE CF ...

No comments:

Post a Comment