Friday, January 22, 2010

Menang Bidding

Almost two weeks aku tak update blog sebab tersangat bzz dengan kerja2 di opis, keluarga dan follow dengan bank dan lawyers.

Perkembangaan terbaru aku berjaya beli sebuah apartment dengan 57K .. Walaupun RP44K di sebabkan kawasan yg strategik dan infra yang baik aku ambil keputusan untuk bid the max RM60K. MV untuk rumah ni paling lowest adalah RM80K.

Semalam asben dah apply loan dari 4 bank iaitu AMBANK, EON, RHB dan MBSB, tengoklah saper yang dapat bagi loan. Semalam juga asben aku bayar OS maintenance charges ke manintenance opis sengal dan bayar OS cukai pintu di MBSA... Hari ni aku dah fakkan segala receipt pada lawyer untuk buat reimbursement dari bank...Aku juga melantik legal firm yg sama untuk proeses rumah lelong ke dua aku..

aku ingat nak stop dulu beli rumah lelong tapi malam semalam ternampaklah pulak rumah lelong di kawasan yg pernah kalah dahulu. Masa lunch aku call maintenance opis tanya OS amount, fulamak dia punya OS punyalah banyak RM4612. Aku tanya ada orang duduk ker rumah ni, dia cakap ada dan katanya sehari dua ni diorang akan kuncikan air .. aku tambah pulak eloklah rumah pun nak kena lelong elok jugalah kalau di potong ajer air tu ...hehehe .. jahat aku kan ....

No comments:

Post a Comment