Saturday, December 5, 2009

Survey Rumah Lelong di Shah Alam

Hari nie aku sekeluarga pergi survey rumah. Sampai Shah Alam lebih kurang pukul 10 pagi, breakfast di pasar section 16. Aku dengan asben order mee jawa pakcik askan dan anak2 aku masing2 order nasi lemak. Rasanya dah 13 tahun tak datang ke gerai pakcik askan ni. Last sekali rasanya masa aku tengah dok cintan cintun dgn asben. Cepat betul masa berlalu kan.. hmmm umur pun dah makin tua....

Lepas breakfast aku dengan asben pergi lokasi pertama rumah lelong di taman seri proton. Tapi sebelum sampai sini sesat jalan yg aku pun tak tahu kat mana. at last berhenti kat petronas tanya lorry driver arah mana taman seri proton nie.. At last jumpa jugaklah.. rumahnya berhampiran dengan jalan besar, ada kedai runcit, ada klinik, gerai makan. Rumah di ground floor dan yg tak syoknya rumah ni betul2 sebelah tong sampah apartment ni ... hmmm ni yg tak sedap ni. rumah ni kosong takde orang duduk tapi macam ada orang jaga. bilik air bersih dan depan rumah ni ada taman permainan. Asben aku tanya le seorang budak muda kat situ berapa sewa rumah kat apartment ni, di cakap RM450. rate dia okay lah jugak. Majoriti penduduk di sini adalah melayu dan persekitaran adalah bersih.

Lokasi kedua aku pergi rumah lelong aku menang dua minggu lepas, asben aku nak tengok quality kerja kontraktor yang buat grill dan awning. Lepas tu aku pergi survey rumah lelong ke 2 di Section 24 Shah Alam, rumah ada tiga bilik dan kosong takde orang. Rumah tak berkunci jadi aku dan asben masuk lah kedalam. Dalam rumah nampak macam terbiar dalam setahun, standardlah rumah tinggalkan. Grill dan awning dah ada, save lah budget kalau beli rumah ni. Air kat singki ada lagi, tapi tak tahulah samada dari tangki, tolilet dia kena 100% buat lagi sekalilah, estimation kos dalam 1K cukup dah rasanya. Lokasinya bagus dekat dengan mydin, petrol pump, giant, kfc, mcd, bank2 .. dan segalanya lah... kalau dapat boleh terus makan sewa ni .. masalah nak cari penyewa takde masalah ..rental dalam RM500-600.. Senang2 boleh dapat..

Lokasi survey ke 3, aku pergi ke section 24, rumah ni 2 bilik aje. Rumah ni masih berpenghuni. Asben aku bagilah salam takde berjawab walaupun aku tahu ada orang dalam rumah ni sebab mangga tak lock dan ada kasut lelaki dan perempuan kat luar rumah... aku kureng sikit rumah 2 bilik ni.. tapi sewa boleh dapat between RM400-450...

Perut pun dah lapar, asben aku kata pergi makan dulu di section 2. Just makan nasi goreng dan anak2 tak nak makan, nak minum aje. Lepas makan asben aku cakap dia letih, suruh aku drive pulak.. ke survey yang terakhir iaitu Pangsapuri Penara Bandar Sri Permaisuri..

Masa nak naik lift ada seorang lelaki tua tanya lift ni pergi tingkat 6 ke ? asben aku pun tak tahu , dengan selambanya dia jawab sampai tingkat 7, turum tangga ke tingkat 6. Bila sampai tingkat 7, aku biar dulu pakcik tu turun tangga, pada firasat aku rasanya pakcik tu pun nak survey rumah lelong tu jugak.. Aku turun ke tingkat 6, pass tu aku perhatikan ada orang dalam rumah tu. oklah malas nak ketuk pintu tanya. Masalah nak cari penyewa tak de masalah sebab ni ialah hot area. Segala-galanya mudah.. Rental RM500-600 boleh dapat..

Aku discussed dengan asben unit mana nak bid.. so kitaorang berpendapat ;

unit di seri proton, RP ialah RM33K dan MV paling lowest ialah RM55K.. penyewa susah nak dapat, rental rasanya paling highest RM350... beli dan jual balik susah nak cari buyer ... lagipun kawasan ni agak kampung sedikit dan banyak perumahan baru di wujudkan... kalau aku beli nak duduk .... rasanya bolehh di pertimbangkan.. kalau segi investment susah sikitlah ....

unit 3 bilik di section 24, RP ialah RM54 dan MV paling lowest ialah RM65K.. cost repair dalam 3K dah cun rasanya.. rumah ni SO SO juga tapi penyewa senang dapat dan tak susah nak dapat balik investment... beli dan jual rasanya agak susah sikit sebab unit ni dah berumur 14 tahun ... boleh jual balik bila MBSA repaint the whole flat tu .. dalam pertimbangan kena ambil kira pasal outstanding charges, sebab kalau tak dapat kawtim dalam 4 bulan aku kena tanggung all the outstanding.... nielah perkara yg aku kena berhati2 .. sbb bank2 ni semuanya cerdik2 .... dia punya POS yg 100%menguntungkan dia .. so we as a buyer must me carefull ok...

unit 2 bilik section, aku malas nak ulas sbb kureng minat lagi pun ada orang masih tinggal dalam rumah. susah nak deal ... cancel


unit di penara, aku memang nak bid... RP40K dan MV paling lowest RM70K. Chances nak menang mmg susah dan gerentinya banyak bidders... aku paling tinggi nak bid pun RM60K ajer .. budjet sket ajer... dia punya POS banyak pusing2lah ..kena pikir jugak dia punya adds-on cost ... + nak deal orang di tinggal dalam rumah tu. Buatnya owner rumah tu tak nak berganjak, tak bayar bank loan tapi masih kata this is my house, i ve a right. cost buat lawyer notis, cost saguhati ker ... macam-macam cost .. due to that reasonlah aku punya budget ciput ajer ...

So pada aku, rumah lelong memang murah, tapi mesti ingat additional hidden cost ...jangan main taram ajer ... pandainya aku .. hehehe ....

so aku akan pergi bidding lagi .. yg paling sedihnya kedua2 hari tu hari bekerja .. nampaknya aku kena pakai agent lah ...

No comments:

Post a Comment