Friday, December 25, 2009

Signed letter offer

Semalam asben aku signed LOL di Eon bank dan alliance bank loan selamat aku signed offer letter. Syukur alhamdulillah. harapnya semuanya on track selepas ini.

hari khamis aku di beritahu ada rumah di penara nak di jual secara subsale RM70K , samada hari esok atau ahad aku nak pergi rumah ni. tengoklah macam mana keadaan rumah ni, apa yang aku diberitahu rumah ni basic takde renovation. pada aku aku lebih suka beli rumah yang basic sebab kita boleh mintak owner reducedkan harga. Pada aku renovation tak penting sebab kalau nak sewa dapat ke kita upkan rental tinggi2. To me, harga belian yg rendah passtu just buat minor renovation dah okay.
Masalahnya gaji aku dan asben dah melepasi had pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh DBKL yg mebolehkan aku beli rumah kos rendah dbkl .. bagaimanapun aku akan cuba tanya pendapat agent. Dulua ada kawan aku beli rumah dbkl yang mana tidak mendapat kelulusan dbkl, lepas tu dia buat akuan sumpah menyatakan dia ada pertalian saudara dengan penjual, lepas tu baru lulus. entahlah samada masih valid atau tidak sekarang ini.

semalam aku sekeluarga makan steamboat di taman tun perak , okaylah perhead untuk adult RM22 dan kanak2 RM12. Makan sampai kenyang, balun cukup2 sampai tak larat nak bangun. asben aku makan ikan merah almost 1kg, mana tidaknya ikan mahal ni ... compared nelayan titiwangsa rasanya tempat memang murah. masing2 dah kenyang kalau balik rumah mesti tidur punya, asben aku cakap jom ronda2 sungai long dan mahkota cheras. aku pun kata no problem. aku pun tunjuk kat dia condo garden park ..

mahkota cheras dan sungai long memang ada potential kalau buat property investment. aku jangka dalam 3 tahun properties di sini macam pisang goreng seperti kota damansara. Infra dah banyak ada dan surrondings yang baik dan ada class...

No comments:

Post a Comment