Sunday, December 20, 2009

Cerita2 pasal property investment

EON Bank called bagi tau yg asben aku punya HL dah approved. Dalam minggu depan ambil Letter Offer dan esok Alliance akan collect LO yang aku dan sain.

Sekarang ni aku tengah buat sedikit analisa tentang rumah2 yang yg kawasan tak lah hot sangat tapi aku rasa ada potensi naik. Aku kena berhati2 sebab tujuan aku beli rumah adalah untuk investment kalau silap stuck lah duit aku. Walaupun rumah tu di bawah MV tapi sebelum di jual kena lah cari penyewa dulukan .. hmmm jangan nanti beli rumah tak dapat jual dan sewa sedangkan duit dah banyak keluar. Ini lah risiko buat property investment. Kalau modal banyak no problem.

Aku memang mengidam rumah di penara tapi kalau masa bidding RP40K jadi 77K itu namanya mengarut. Buat masa aku nak pergi bidding. Aku survey jugak di mudah ada yg nak jual subsale dalam RM80K, katakan loan 72k, BLR 5.5% X 30 thn, monthly repayment RM409. Pada aku tak berbaloi langsung sebab renting di penara average adalah RM550. RM409 belum campur cukai pintu dan maintenance dan memang ada =ve CF tapi takkan lah nak hold sampai duit tak dapat rolling kan ..

Tengoklah kalau ada rezeki nanti ker.. dapat sebijik jadi lah .. insyallah.

Petang tadi aku sekeluarga pergi ke taman bukit jalil main badminton. tak sampai 1/2 jam hujan turun, tak palah at least ada lah keluar peluh. Masa on the way tu asben aku cakap condo sebelah bangunan SSP tu cantik sebab pakai batu merah. Aku cakap pada dia garden park condo si sg long macam tu jugak ... facilities yang di sediakan pun ok.. kalau sewa dapat cover loan repayment pun dah ok sebab aku boleh make used dia punya facilities.. asben aku buat dunno ajer .. malas aku nak ulas panjang2 .. kalau ada rezeki aku nak beli developer unit pada 90K sedangkan dalam mudah kebanyakkan owner nak jual min 100K. kat situ dah ada 10K difference kan .. hold sekejap lepas setahun boleh let go min RM110K .. lepas penalty at least aku akan dapat at least RM10K nett...

kadang2 aku macam terlebih2 pulak tapi takpe pada aku biar excited asalkan kita tahu apa yang kita buat. Apa2 yang kita buat semuanya ada risiko tanam pisang pun ada risiko kan .. so dengan kurniaan akal fikiran kita cuba pikiq macam mana nak elakkan risiko dan macam mana nak minimisekan risiko... dan apa contigency plan ... kalau dalam IT kita panggil DRP .. disaster recovery plan ..

Cukuplah setakat ini ajer .. mata dah mengantuk dan esok kena datang awal sebaba colleagues aku bercuti makan angin di Hong Kong .. bestnyer bilalah aku nak makan angin di oversea..

No comments:

Post a Comment