Wednesday, December 2, 2009

Selesaikan Apa Yg Patut

2nd December 2009

This week aku cuti seminggu bersempena dengan cuti sekolah, nak luangkan masa dengan anak2 dan menyelesaikan hal-hal urusan jual beli rumah..

semalam, 1st Dec, pergi AMBANK buat full settlement loan kereta, pergi citibank cancelkan credit card, pergi CIMB buat housing loan reduction on behalf my sister. my sister ni tak de di malaysia dia dah migrated ke australia dapat PR sana. Jumpa Lawyer - Siti Aminah ambil R&R owner lama masa asben aku beli rumah. Rumah tu dah di jual tapi RHB tak nak release loan sebab takde owner lama R&R. Purchaser punya lawyer goyang kaki tak nak buat kerja jadi aku lah terpaksa settlekan. Al maklumlah duit aku bank masih tak releasekan lagi .. hmm harapkan purchaser punya lawyer .. sampai bila pun aku tak dapat duit.. ..

balik dari lawyer opis aku pergi ampang survey2 kat sana, jalan pun dah banyak berubah. Pusing2 jumpa lah flat sri nilam yang agak hot jugak lah walaupun low cost tapi di punya market value between 65K - 70K. Lokasinya very strategiklah , no wonderlah very high demand.

Pusing2 kat ampang aku lalu dekat ampang campuran terus ke pandan mewah. Wow dah banyak berubah memang very impress betul. last time kawan aku ada tinggal di pandan mewah blok 12 betul2 mengadap hospital ampang. pada masa tu hospital ampang baru tengah pilling. sekarang ni dia dah pindah ke nilai sebab asben dia kerja di klia. pandan mewah ni dulu rumah tak banyak orang duduk sebab takde bas lalu. kawan aku sewa dulu baru ajer rm350 murah giler, sekarang ni sewanya dah meningkat ke RM600-700. Fuyooh sapa yg beli rumah ni dulu mesti dapat return yang bagus. last time rumah ni di jual in between 45K - 55K,murah giler...

Hari ini, 2nd Dec, aku pergi pejabat pos buat pos laju hantar R&R dokumen ke lawyer purchaser rumah cheras bt 9 aku .. eloknya aku charge balik kat dia .. apa tidaknya R&R aku punya dia charge RM765. senang2 ajer dia dapat duit kan ..

lepas tu aku pergi TTDI bayar booking rumah section 16 shah alam. asben aku kata potential bagus . harap2 begitu lah yea. sain apa yg patur bayar RM500 dan terus isi borang apply loan alliance bank la ni interest dia -1.8% oklah current BLR 5.5 - 1.8 = 3.7% . Semua dokumen aku bagi pada sales person. rasanya takde masalah sebab aku dah buat calculation... rumah ni siap sebelum raya cina tahun depan, paling lewat bulan Feb dapat lah kunci.. lepas tu boleh sewa .. kalau boleh untung jual pun boleh ajer dapat RM10k jadi ler .. aku bukan nak untung banyak sangat .. at least boleh rolling2 sikit jadilah ..

lepas urusan booking selesai aku jalan2 kat situ terjumpalah kedai perabot terpakai .. tapi owner tu sombong semacam al maklumlah TTDI kan tempat orang kayo2 .. aku pulak biasalah dengan style sempoi aku .. aku tanya safe ni berapa dia cakap RM380 aku tanya boleh kurang ker ... dia buat dunno ajer pass tu buat call .. aku taulah safe tu hanya utk orang kayo2 .. aku punya kayo jugak kayo dengan hutang2 ... hehehe

dalam perjalanan balik aku pergi ke seri permaisuri, survey2 kat penara, pernah masuk kat sini dulu tapi dah lama dah. lokasi penara ni bagus dekat dengan segalanya-galanya. actually ader rumah penara untuk di lelong pada RP 40K entahlah apa condition rumah ni tak taulah kan. Market Value penara adalah between 65K to 75K..mahal lagi pun ada .. tak yah tamak2 .. mahal saper yang nak belikan .. investment2 jugak kalau beli over value .. bila nak dapat return balik ..

balik rumah sampai dalam pukul 3pm, rehat2 kejap, aku call JTR untuk dapatkan POS penara, lepas 10 minit diorang emailkan pada aku... go t, thru POS, mak ooi dia punya POS berbelit-belit dan berpusing2.. ala2 perangkap gitu. aku forward kan pada lawyer siti suruh dia go thru dulu .. biarlah the expert yag buatkan ..

keluarkan machine aku dari almari cuba connect dari tinkat atas rumah aku .. takde ringging tone .. hmmm geram betul.. aku pun bawa turun fax machine tu bawah dan tukarkan cable dan syukur alhamdulillah baru ader tone.. fax kan rhb credit card termination letter dan surat outstanding ke legal firm yang uruskan rumah lelong di shah alam. lepas 30 minint aku call RHB dan confirmed diorang dah terima aku pun call legal firm yang confirmed dia terima. aku tanya apakah progress terkini dia kata lawyer bank pelelong belum bagi dokumen2 yang dia mintak. tak pe esok aku akan follow up kan dengan lawyer bank pelelong.. masa berjalan kalau tak settle dalam 120 hari yg kena bayar penalty aku bukan diorang.

aku dapat sms dari agent kaman kata ada rumah nak jual di cheras jaya. mahal tu 115K, dia kata dah extend, ada mozek. lepas ambil anak aku di nursery aku pun pergi lah survey rumah tu ..hmm takde ler bagus sangat renovation dia .. ala2 ajer. rumah yang aku beli tu basic RM95K, kalau nak renovate dalam 15K dah cantik ...rumah ni masih lagi dalam proses baru sign S&P hari Khamis minggu lepas.. kilang stokin setuju dengan rental baru yg aku upkan sikit... takde untung pun .. tapi aku plan once columbia hospital , c&o dan shop lot sebelah jusco buka, market value akan naik 20%.. dan semestinya rental boleh up lagi

oklah esok aku plan nak pergi cimb terminate credit card ... lagipun aku bukanya pakai sangat pun.. pada memanjangkan aku punya ccris biarlah aku cancelkan ajer. lagipun next year government nak chargekan RM50 setiap credit card. tak berbaloi aku simpan ...

No comments:

Post a Comment