Friday, April 14, 2017

Loan refinance cash out LULUS

Alhamdulillah loan refinancing utk cash out dah approved dan LO pun dah signed, dapat rate cun jugak. Walaupun sudah melebihi jumlah XI bank masih nak bagi loan, kata banker CCRIS akak semuanya  0,  Cumanya bank lately mmg berhati2 nak approve, macam2 dorang nak check dan verify, Kalau dulu2 submit form hari ini dalam masa 7 hari LO dah keluar. La ni 2 mggu tu kira bagus dah.

Submit pada 4 bank, so far yang bagi feedback approved cuma 2 bank, yang lagi 2 tu masih dalam proses, apa yang dia process pun tak tahulah, tapi rate 2 bank ni tak cantik sangatlah.  Actually bukannya banker tak tahu berapa bank yang kita submit loan, dorang ada system yang boleh trace tapi cumanya dorang tak tahu bank mana, cuma nampak amaunnya sahaja..

LO pun signed di kedai mamak jer, adalah juga banker shared tips2 untuk dapatkan loan.. Katanya masih ada ruang lagi untuk buat loan, ruang DSR msh ada.

Beberapa hari lalu ada masuk lelong tapi kalah, rumah buruk di nun sana. Untuk market rental jer sbb unit low cost. Lawan sampai limit yg ditetapkaan , insyaallah akan mencuba nasib dalam masa terdekat..

Apa2pun market subsale agak menarik sekarang ni, mencuba utk nego2 utk harga terbaik

No comments:

Post a Comment