Monday, March 6, 2017

Rumah Lelong 1st 2017

Akhirnya penantian mendapatkan sebiji rumah lelong yang sekian lama tak menang2 akhirnya tercapai. Taklah dapat RP kena berlawan2 jugak. Alhamdulillah, harga taklah rendah sangat tapi bawah MV..

Rumah berstatus med cost dan berdekatan dengan stesen MRT. Aim kali ini ialah untuk beli dan flip sbb tu aku fokusnya unit med cost untuk flipping sahaja.. Untuk sementara menanti market okay, bolehlah sewakan, adalah CF nyer jugak.

Rumah masih dara tak pernah dihuni, since lock nya yg ssh nak dipecahkan aku minta tukang kunci opis bukakan pintu.. upah RM50 jer.. dia godek2 tak sampai 5 mins pun dah terbuka pintu.. Kalau tombol2 biasa2 tu, hentak 2 3 x dah terbarai..Kalau asben aku, katanya dia nak drill lubang kunci, dahlah pintu rumah petak2, nanti rosak pulak pintu lagi ruhi..  Buka kunci pun malam2, air ada cuma api jer takde... Jiran2 pun sporting jugak... he2

Beli lelong ni tak susah mana pun, ada masa boleh buat sendiri... tak perlu bayar ribu riban.. 

Yang takut2 nak beli lelong bolehlah riki2 market subsale, boleh try nego2 dengan agent\owner.. 


No comments:

Post a Comment