Sunday, December 31, 2017

Last Entry 2017, Welcome 2018 ..

Wow agak lama tak update jurnal hartanah ini, dah nak masuk tahun baru lagi beberapa minit jer lagi. Ya tahun 2017 mmg aku agak sibuk dengan hal2 kebun, ulang alik ke kampung. Banyak kerja perlu di buatnya.

Masalahnya banyak kerja kena buat sendiri bila upah orang macam2 pulak cerita yang aku dengar, cerita tak sedaplah.. Bila diberi kerja, upah sekian2, bila halfway buat kerja demand upah lebih, umpana kerja kuli tapi nak gaji taukeh.. 

Banyak betul rintangan dan dugaannya berkebun tahun 2017, aku buat tak tahu ajer, kalau kita ambil hal mmg boleh putus asa dibuatnya. So far kebun limau aku bolehlah dibanggakan oleh petani separuh masa. Banyak yang aku belajar dalam penjagaan limau ni, dari segi pembajaan, jenis baja, jenis racun yang sesuai.. ada jugak idea yang aku terima yg tak logik pun ada...  

Insyaallah kalau ada rezeki aku nak mepelbagaikan tanaman seperti limau purut, durian belanda dan cempedak... Insyaallah tahun 2018 akan memulakan kebun baru untuk tanaman limau purut dan petai hybrid di tanah yang baru aku beli bulan lepas. Luas dalam 1.7ekar jer..Lokasinya sebelah main road dan ada anak sungai berbatu yang merentasi tanah ini.. 

August 2017 aku dan asben buat benda baru iaitu jual pokok2 buahan. So far alhamdulillah, dapat order besar dari sarawak, hantar guna kapal laut.. poslaju ke serata malaysia. Jumpa macam2 ragam orang, macam2 latarbelakang dan jutawan2 sempoi pun ada. Cumanya pada bulan 11 aku slowdown sikit sbb kerap ulang alik ke kampung dan family kak balik bercuti disini.. Ekonomi meleset ni aku pulak start buat bisnes.. ha2

Tahun 2017 ni aku dapat menambahkan 3 aset, syukur alhamdulillah. mmg banyak unit2 lelong yang bagus tapi aku mmg sesibuk sangat jadi aku banyak bagi priority pada kebun dan bisnes jual pokok... Insyallah tahun 2018 akan cuba nasib untuk bid sebuah unit lelong yang agak strategik lokasinya 


Tahun 2018 tahun cabaran dan keperitan untuk majoriti rakyat Malaysia, nilai RM yang susut, kenaikan harga barangan, minyak, makanan dan market hartanah yang agak soft yang menjadikan rakyat terhimpit kesusahan.. 

Apa kita nak buatkan, meraung pun takde gunanya, yang perlu kita buat kena berjimat cermat, potong mana2 perbelanjaan yang tak perlu, itu jer yg kita boleh buat. Even PRU14 tak lama lagi, jangan dok berharap apa2 keputusan mengubah corak ekonomi negara sekelip masa. 

Btw, Selamat Tahun Baru 2018 semoga Tahun 2018 ini menjadikan aku lebih sabar dan tabah ...







.. dan 

2 comments: