Tuesday, April 18, 2017

Update Kebun Limau

Lama tak update citer pasal kebun limau, alhamdulillah progress kebun so far so good. Pokok membesar dengan baik, cuma kalau ada yang mati kira standardlah. 

Cabaran dari cuaca yang panas, pokok kepanasan, dengan adanya silvershine dapatlah pokok tu bertahan, bila hujan pula, rumput2 cepat pula tinggi.. 

Kebun limau no 2 pula tidak berpagar, datang pulak lembu2 dari kampung sebelah makan rumput, kalau setakat makan rumput aku tak kisahlah sangat, mmg bagus tapi banyak pokok rosak sebab di sondol dan dipijak, daun bendi dan cempedak pun habis di makannya...Cabaran2.

Rutin setiap kali balik kampung, petik cili, membaja pokok cili, sembur baja foliar  CY787 dan racun serangga malathion diselang seli dengan Mitac. So far untuk kebun limau 2 nampaknya keadaan pokok lebih baik mungkin di sebabkan kurang lindungan pokok2, matahari cukup. manakala kebun limau 1, kiri kanan ada pokok2 tinggi dan bukaan tanah yg agak sempit..



Limau nipis yang berusia 4 bulan


tumbesaran yang bagus

Lada siam, ada permintaan

Limau kapas, tanam 2 pokok, buat air mmg sedap, wangi aromanya

No comments:

Post a Comment