Monday, June 5, 2017

Selamaat Berpuasa dan Residensi Melor, BBB

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.. satu cabaran juga tahun ini dengan keadaan cuaca yg tidak menentu, sekejap panas dan hujan. Walau bagaimana ia menguji ketahanan fizikal dan menginsafi pada kita dengan nasib mereka yang hidupnya agar sukar. Ya, kita masih boleh makan setiap hari jika dibandingkan dengan mereka yang terjejas kerana peperangan, kebuluran dan kedaifan..

Sejak Jumaat lepas pangsapuri melor atau sekarang ini dikenali sebagai residensi melor kecoh dengan tunggakan bil TNB sebanyak 50K yang diberitahu oleh staff pemaju. Tapi mengikut FB COB MPKJ mereka menerima laporan bahawa tunggakan tersebut adalah RM100K,, Kemungkinan wujudnya salahguna kuasa oleh pihak JMB ? Mungkin juga terdapat monopoli kuasa oleh seseorang ? Terdapat pakatan2 tertentu yang memungkinkan terdapat ajk JMB di pinggirkan dalam organisasi JMB ?

Pada pendapat akulah, jika kita telah dipilih dan sedia memikul tanggungjawab yang di amanahkan maka sepatutnya kita berpegang kepada amanah ini.Bukannya bila timbul masalah barulah tuding menuding dan alasan2 yang diberikan. Jika kita tidak mampu memikul, mengalas amanah kita wajib memberitahu ketidakbolehan memegang amanah itu.

Apa2pun AGM ke2 akan diadakan pada 17hb ini mungkin dapat menjawab persoalan2 owner oleh kabinet JMB... Rasanya AGM ini mungkin panas, walau sepanas mana pun, bukan mencari salah siapa tapi mencari solusi terbaik untuk Residensi Melor. Nak gaduh2 tak perlu sebabnya rumah kita2 semua di situ, semuanya jiran so jalan terbaik adalah kata sepakat dan muafakat,..

Wow2 ramai benor owner2 masuk baca pasal 1st AGM ... baca2 jugak 17hb jangan lupa turun pulak,

No comments:

Post a Comment